Penang - Hospital Bukit Mertajam (BOSPBM)

Hospital Balik Pulau (HBPULAU)Hospital Bukit Mertajam (BOSPBM)Hospital Kepala Batas (HKBATAS)Hospital Pulau Pinang (HPP)Hospital Seberang Jaya (HSBJY)Hospital Sungai Bakap (HSBAKAP)

Penang - Hospital Bukit Mertajam (BOSPBM)

Hospital Bukit Mertajam
Jalan Kulim, Bukit Mertajam
Bukit Mertajam, Pulau Pinang
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang  
Tel: 04-5497333
Fax: 04-5497299
http://hospbm.moh.gov.my
Jumlah Katil: 242

Hospital Bukit Mertajam mula dibina pada 1 Oktober 1890. Pada ketika itu hospital ini hanya mempunyai empat wad dengan jumlah katil sebanyak 52 buah dan memberi perkhidmatan dalam dua disiplin utama iaitu Perubatan dan Sakit Puan. Jumlah kemasukan pesakit pada ketika itu seramai 168 orang. Pada tahun 1892, hospital ini menerima tambahan katil kepada 70 buah.

Sebelum tahun 1995, Hospital Bukit Mertajam merupakan hospital berpakar dengan bilangan katil sebanyak 450. Walaubagaimanapun, hospital ini telah disusun semula kepada Hospital Tanpa Pakar dengan 242 katil pada 1 April 1995 apabila Hospital Seberang Jaya memulakan perkhidmatannya.

Kini Hospital ini menyediakan kjepakaran dalam pelbagai disiplin antaranya Perubatan, Sakit Puan dan Kanak-kanak, Mata, Telinga Hidung dan Tekak serta Psikiatri. Hospital ini terletak 13KM dari Hospital Seberang Jaya yang berfungsi sebagai Hospital Rujukan Utama.

VISI
Hospital  Bukit Mertajam menjadi sebuah hospital yang memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan cemerlang.

MISI
Misi Hospital Bukit Mertajam adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
- Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan.
- Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga.
- Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka.

Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi, iaitu:
- Mengutamakan pelanggan
- Saksama
- Tidak membebankan
- Cekap
- Wajar mengikut teknologi
- Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- Inovatif

Dengan menekankan:
- Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
- Sifat menghormati maruah insan
- Penglibatan masyarakat