LoInfoCentre.com - One Stop Info Centre for ALL

One Stop Info Centre for all Malaysian. Everything you need to know about Malaysia is here. Airlines Contact, Bags & Leather Goods, Bakery & Snacks, Banks Location, Beauty, Personal Care & Wellness Store, Bicycle Shop, Bookstore Branded Ice-Cream, Bus Services, Bus Terminals, Car Service Centre, Child Care & Preschool Centre, Cinemas, Coffee Shop, Convenient Store and Speedmart, Courier Services, Electronics & Tele-Communications, Entertainment Store and many more!

Malaysia Complete Government Hospital Listing

Kuala LumpurSelangorKedahKelantanPenangTerengganuPerakPerlisPahangMelakaNegeri SembilanJohorSarawakSabahLabuanPutrajaya

If you are interest to advertise or any incorrect info on our website, kindly drop email to info (a) loinfocentre.com

Selangor - Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)

Hospital Ampang (HAMPG)Hospital BantingHospital Kajang (HKJG)Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB)Hospital Orang Asli GombakHospital Selayang (HSELAYANG)Hospital Serdang (HSERDANG)Hospital Sungai Buloh (HSGBULOH)Hospital Tanjung Karang (HTGKARANG)Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ)Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)Pusat Kawalan Kusta Negara

Selangor - Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)

Hospital Tengku Ampuan Rahimah
Jalan Langat,41200 Klang
Klang, Selangor
41200 Klang
Selangor  
Tel: 03- 33723333
Fax: 03-233729089
http://htar.moh.gov.my
Jumlah Katil: 893

Pengenalan
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang telah mula beroperasi pada April 1985. Ia merupakan sebuah hospital kerajaan dengan lebih 800 katil pesakit dan 20 bidang klinikal yang terletak di Klang Selatan di dalam daerah Klang, Selangor. Hospital ini menyediakan perkhidmatan kesihatan utama dan juga penjagaan kesihatan pakar kebangsaan terpilih.

Hospital ini  merupakan pusat rujukan utama bagi daerah  Klang dan sekitarnya seperti Sabak Bernam, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sepang.

Hospital ini turut memberi perhatian kepada perkhidmatan penjagaan berambulans dan dilengkapi dengan sebuah landasan helikopter untuk tujuan pemindahan kecemasan. Hospital TAR Klang juga menempatkan kemudahan pengajaran perubatan kepada penuntut perubatan Universiti Malaya.

Walaupun wujudnya hospital baru seperti Hospital Putrajaya, Hospital Serdang dan Hospital Selayang, statistik hospital menunjukkan peningkatan bilangan kemasukan pesakit ke hospital ini dari setahun ke setahun. Tahun 2005 mencatatkan 80,112 kemasukan pesakit berbanding 76, 553 kemasukan pada tahun sebelumnya iaitu lebih kurang peningkatan 4.65 %

Objektif, Misi dan Visi

VISI
To be leading organization in providing innovative and holistic health care.

MISI
Memberi perkhidmatan berkualiti, professional dan penyayang untuk memenuhi keperluan dan ekspektasi semua pelanggan

OBJEKTIF
- Mempertingkan rawatan pesakit yang berkualiti melalui perkhidmatan diagnostik, rawatan dan pemulihan awal yang
- cekap , berkesan  serta mementingkan pelanggan.
- Menggalakkan inovasi dalam perkhidmatan.
- Menjalankan latihan dan penyelidikan secara berterusan serta memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan dan
- Menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa kepada pelanggan dan warga kerja.

SLOGAN
CERIA, CEPAT dan TEPAT BUDAYA KAMI

Penyayang, Kerja Berpasukan dan Profesionalisma

WAWASAN KESIHATAN
Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperolehi, berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.