LoInfoCentre.com - One Stop Info Centre for ALL

One Stop Info Centre for all Malaysian. Everything you need to know about Malaysia is here. Airlines Contact, Bags & Leather Goods, Bakery & Snacks, Banks Location, Beauty, Personal Care & Wellness Store, Bicycle Shop, Bookstore Branded Ice-Cream, Bus Services, Bus Terminals, Car Service Centre, Child Care & Preschool Centre, Cinemas, Coffee Shop, Convenient Store and Speedmart, Courier Services, Electronics & Tele-Communications, Entertainment Store and many more!

Malaysia Complete Government Hospital Listing

Kuala LumpurSelangorKedahKelantanPenangTerengganuPerakPerlisPahangMelakaNegeri SembilanJohorSarawakSabahLabuanPutrajaya

If you are interest to advertise or any incorrect info on our website, kindly drop email to info (a) loinfocentre.com

Perak - Hospital Bahagia Ulu Kinta

Hospital Bahagia Ulu Kinta Hospital Batu Gajah (HBGJH)Hospital Changkat Melintang (HCM)Hospital GerikHospital Kampar (HKAMPAR)Hospital Kuala Kangsar (HKANGSAR)Hospital Parit Buntar (HPTAR)Hospital Selama (HSELAMA)Hospital Seri Manjung (HSMANJUNG)Hospital Slim River (HSR) Hospital Sungai Siput (HSGSIPUT)Hospital Taiping (HTAIPING)Hospital Tapah (HTAPAH)Hospital Teluk Intan (HTINTAN)

Perak - Hospital Bahagia Ulu Kinta

Hospital Bahagia Ulu Kinta
Tanjong Rambutan
Ulu Kinta, Perak
31250 Ulu Kinta
Perak  
Tel: 05-5332333
Fax: 05-5331350
http://hbuk.moh.gov.my
Jumlah Katil  2200

Merupakan Institusi Psikiatri pertama dan terbesar dari 4 buah Institusi di Malaysia.

Pada tahun 1910, dengan pemilihan tapak yang dicadangkan oleh Dr. Samuels, kerajaan telah membina sebuah hospital yang diberi nama “Federal Lunatic Asylum”. Pembinaan siap pada tahun 1911 dan Dr. W.F. Samuels dilantik menjadi Penguasa Perubatan yang pertama.

Pada peringkat awal perkembangan “Federal  Lunatic Asylum” merupakan sebuah yayasan psikiatri yang mengandungi 3 buah wad lelaki dan sebuah wad perempuan yang dipisahkan oleh ruang dapur.  Pada tahun 1928  “Federal Lunatic Asylum” diubah nama kepada “Central Mental Hospital” dan pada awal tahun 70an  nama telah diubah kepada Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk menampilkan imej yang lebih positif ke atas perkembangan rawatan psikiatri.  Kini, Hospital Bahagia Ulu Kinta merupakan Yayasan Psikiatri terbesar dari empat buah yayasan yang wujud di Malaysia. Ianya terletak berhampiran Pekan Tanjung Rambutan, 16 km ke arah Timur Laut Bandaraya Ipoh.

Keluasan asal Hospital Bahagia Ulu Kinta ialah 544 ekar di mana lebih kurang 300 ekar digunakan untuk mendirikan pelbagai bangunan dan bakinya digunakan untuk aktiviti – aktiviti pemulihan pesakit seperti pertanian,  penternakan dan perikanan. Namun begitu, pada tahun 2007 sebanyak 41 ekar telah diserahkan untuk pembinaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta.  Terdapat 78 buah wad di hospital ini yang terdiri daripada 53 buah wad lelaki, 25 buah wad perempuan. Bilangan katil rasmi adalah sebanyak 2,600 buah tetapi permohonan telah dihantar kepada pihak KKM untuk mengurangkannya ke 2,200 buah memandangkan perkhidmatan perawatan psikiatri dalam komuniti sedang digalakkan dan dipertingkatkan.

Hospital Bahagia Ulu Kinta kini merupakan Yayasan Psikiatri terbesar di Malaysia dan pada tahun 2011 Hospital Bahagia Ulu Kinta akan genaplah usianya 100 tahun. Di dalam tempoh tersebut berbagai pencapaian, kejayaan dan anugerah telah diterima. Semoga pada masa akan datang kecemerlangan akan terus memakmurkan hospital ini

Objektif Umum
Memberi perkhidmatan pengesanan, perawatan dan pemulihan kepada pesakit-pesakit psikiatri supaya membolehkan mereka menjalankan kehidupan yang optima serta promosi kesihatan mental.

Objektif Operasi
01.Memberi perawatan psikiatri yang paling baik dan berkesan kepada yang terlibat serta memastikan aktiviti pemulihan yang bersesuaian untuk membantu pesakit ke arah penghidupan yang optima.

02. Memberi latihan psikiatri kepada pelbagai kategori kakitangan, penuntut-penuntut bidang perubatan dan bidang lain yang berkaitan termasuk ijazah lanjutan.

03. Memberi pendidikan Kesihatan Mental kepada orang awam