LoInfoCentre.com - One Stop Info Centre for ALL

One Stop Info Centre for all Malaysian. Everything you need to know about Malaysia is here. Airlines Contact, Bags & Leather Goods, Bakery & Snacks, Banks Location, Beauty, Personal Care & Wellness Store, Bicycle Shop, Bookstore Branded Ice-Cream, Bus Services, Bus Terminals, Car Service Centre, Child Care & Preschool Centre, Cinemas, Coffee Shop, Convenient Store and Speedmart, Courier Services, Electronics & Tele-Communications, Entertainment Store and many more!

Malaysia Complete Government Hospital Listing

Kuala LumpurSelangorKedahKelantanPenangTerengganuPerakPerlisPahangMelakaNegeri SembilanJohorSarawakSabahLabuanPutrajaya

If you are interest to advertise or any incorrect info on our website, kindly drop email to info (a) loinfocentre.com

Penang - Hospital Seberang Jaya (HSBJY)

Hospital Balik Pulau (HBPULAU)Hospital Bukit Mertajam (BOSPBM)Hospital Kepala Batas (HKBATAS)Hospital Pulau Pinang (HPP)Hospital Seberang Jaya (HSBJY)Hospital Sungai Bakap (HSBAKAP)

Penang - Hospital Seberang Jaya (HSBJY)

Hospital Seberang Jaya
Jln Tun Hussein Onn, Perai
Perai, Pulau Pinang
13700 Perai
Pulau Pinang  
Tel: 04-3827333
Fax: 04-3970754
http://hsbjy.moh.gov.my
Jumlah Katil  314

Sejarah Hospital Seberang Jaya

Hospital Seberang Jaya (HSJ) telah dibina untuk memenuhi keperluan permintaan penduduk di sekitar Seberang Perai yang semakin meningkat. Ianya telah mendorong kerajaan untuk memulakan pembinaan hospital ini pada bulan Oktober tahun 1991 untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Seberang Jaya khususnya dan penduduk Seberang Perai umumnya. Hospital ini dibina di kawasan yang strategik di dalam daerah Seberang Perai Tengah. Di mana kedudukannya berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) serta berdekatan dengan kawasan perindustrian Prai, Bukit Mertajam dan Butterworth.

Rekabentuk pembinaan hospital ini adalah berasaskan konsep Hospital Nukleus dan telah menelan kos pembinaan sebanyak RM92.2 juta. Pembinaan hospital ini telah dipertanggungjawabkan kepada Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd, John Laing International Ltd dan Unit Turnkey Jabatan Kerja Raya.

Hospital Seberang Jaya siap dibina pada Februari 1995 dan memulakan operasinya pada 1 April 1995. Upacara pembukaan rasmi hospital ini telah disempurnakan oleh Tun Datuk Seri Dr. Mahathir bin Muhammad iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia, pada 21 April 1995.

Pada Januari 2001, Rangkaian Hospital Seberang Perai (RHSP) telah dibentuk dengan gabungnya Hospital Seberang Jaya dan Hospital Bukit Mertajam di bawah satu pentadbiran yang sama. Pentadbiran kedua-dua hospital ini telah diletakkan di bawah satu pusat tanggungjawab yang diketuai oleh Pengarah (Pengarah Hospital Seberang Jaya) dan Timbalan Pengarah (Pengarah Hospital Bukit Mertajam). Gabungan ini bertujuan untuk mengoptimakan kesemua kemudahan sumber manusia yang terdapat di kedua-dua hospital ini supaya dapat menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Penyusunan semula organisasi telah dibuat di mana beberapa unit perkhidmatan klinikal telah ditempatkan di Hospital Bukit Mertajam. Unit-unit klinikal umum yang lain mula beroperasi di kedua-dua hospital. Bahagian pentadbiran dan kewangan telah dipusatkan di Hospital Seberang Jaya. Setakat ini, terdapat 12 wad dan 314 katil di Hospital Seberang Jaya manakala 8 wad dan 242 katil di Hospital Bukit Mertajam.

Visi
"Perkhidmatan rawatan optima dan penyayang.”
“Providing optimum service in a caring manner.”

Misi
Menyediakan perkhidmatan rawatan pemulihan, diagnostik, pencegahan dan promosi kesihatan yang berkesan dan berkualiti.
(To provide efficient, effective and quality diagnostic, curative, rehabilitative, preventive and health promotion services)

Dengan menekankan sifat penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan.
(With emphasis on caring, professionalisme and team work)

Serta menghormati hak asasi pesakit.
(Respecting patient's right)