LoInfoCentre.com - One Stop Info Centre for ALL

One Stop Info Centre for all Malaysian. Everything you need to know about Malaysia is here. Airlines Contact, Bags & Leather Goods, Bakery & Snacks, Banks Location, Beauty, Personal Care & Wellness Store, Bicycle Shop, Bookstore Branded Ice-Cream, Bus Services, Bus Terminals, Car Service Centre, Child Care & Preschool Centre, Cinemas, Coffee Shop, Convenient Store and Speedmart, Courier Services, Electronics & Tele-Communications, Entertainment Store and many more!

Malaysia Complete Government Hospital Listing

Kuala LumpurSelangorKedahKelantanPenangTerengganuPerakPerlisPahangMelakaNegeri SembilanJohorSarawakSabahLabuanPutrajaya

If you are interest to advertise or any incorrect info on our website, kindly drop email to info (a) loinfocentre.com

Penang - Hospital Pulau Pinang (HPP)

Hospital Balik Pulau (HBPULAU)Hospital Bukit Mertajam (BOSPBM)Hospital Kepala Batas (HKBATAS)Hospital Pulau Pinang (HPP)Hospital Seberang Jaya (HSBJY)Hospital Sungai Bakap (HSBAKAP)

Penang - Hospital Pulau Pinang (HPP)

Hospital Pulau Pinang
Jalan Residensi
Pulau Pinang, Pulau Pinang
10990 Pulau Pinang
Pulau Pinang  
Tel  04-2225333
Fax  04-2281737
http://hpp.moh.gov.my
Jumlah Katil  1090

PENGENALAN
Hospital Pulau Pinang adalah di antara kemudahan rawatan kesihatan yang terawal diadakan di Tanah Melayu sejak 1812. Ia merupakan hospital kerajaan kedua terbesar di negara ini dengan jumlah katil sebanyak 1,107. Peranan utama hospital ini adalah memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan klinikal, latihan & penyelidikan klinikal. Pembahagian katil mengikut kelas adalah seperti berikut:

Kelas 1: 37
Kelas 2: 11
Kelas 3: 1,059

Sehingga 30 November 2011, HPP mempunyai kekuatan anggota seramai 3,900 termasuk 146 orang doktor pakar dan 740 orang pegawai perubatan. Hospital Pulau Pinang yang didirikan di atas tanah seluas 35 ekar mempunyai beberapa blok bangunan iaitu Blok A, Blok B, Blok C, Kompleks Rawatan Harian (ACC), Stor Integrasi dan Hospital Bersalin yang berada di Jalan Residensi. Manakala Wad Psikiatrik pula berada di Jalan Perak.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Hospital Pulau Pinang menawarkan perkhidmatan klinikal untuk pesakit luar am, 15 kepakaran sekunder, 34 kepakaran tertiari dan 16 perkhidmatan sokongan klinikal. Untuk pesakit luar, HPP mempunyai 31 buah klinik, EMTS, rehab therapy, sokongan klinikal, 6 buah dewan bedah, pusat jagaan harian, rawatan hemodialisis dan CAPD. Bagi pesakit dalam pula, terdapat 36 wad pelbagai kelas dan disiplin, 7 wad ICU, 17 dewan bedah, sebuah surgical HDW dan O&G HDA.

HPP juga bertindak sebagai pusat rujukan utama perkhidmatan klinikal tertiari untuk kawasan utara Semenanjung. Hospital Pulau Pinang telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan klinikal dalam bidang pembedahan plastik & rekonstruktif, kardiologi, kardiotorasik dan perubatan nuklear.

VISI
Hospital Pulau Pinang akan wujud sebagai sebuah institusi perubatan yang cemerlang dalam setiap aspek perkhidmatan dan penjagaan kesihatan tertiari di Wilayah Utara, semenanjung Malaysia.

MISI
Hospital Pulau Pinang akan menyediakan perkhidmatan rawatan kuratif, diagnostik dan pemulihan yang efisien, berkesan dan berkualiti dengan menitikberatkan aspek latihan dan penyelidikan, pembangunan serta memastikan nilai-nilai budaya korporat diterapkan kepada setiap lapisan anggota kesihatannya.

STRATEGI

Bagi memastikan pencapaian visi dan misi, Hospital Pulau Pinang telah menggariskan beberapa strategi tertentu:

- Menyediakan perkhidmatan promotif, pencegahan, diagnostik, kuratif & rehabilatitif yang berkesan.
- Menyediakan perkhidmatan yang mengamalkan nilai-nilai budaya korporat setiap masa.
- Mempertingkatkan penggunaan kemudahan infrastruktur dan sumber tenaga yang sedia ada secara optima.
- Mempertingkatkan tahap kualiti pengurusan di semua jabatan.
- Menjalankan semua aktiviti peningkatan kualiti Kementerian Kesihatan secara berterusan.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti latihan dan penyelidikan secara berterusan.
- Menggalakkan penyertaan serta penglibatan masyarakat dan individu dalam proses penjagaan kesihatan.
- Menyediakan persekitaran yang selesa kepada semua pelanggan yang berurusan dengan hospital.

SLOGAN

"All For Quality, Quality For All"