LoInfoCentre.com - One Stop Info Centre for ALL

One Stop Info Centre for all Malaysian. Everything you need to know about Malaysia is here. Airlines Contact, Bags & Leather Goods, Bakery & Snacks, Banks Location, Beauty, Personal Care & Wellness Store, Bicycle Shop, Bookstore Branded Ice-Cream, Bus Services, Bus Terminals, Car Service Centre, Child Care & Preschool Centre, Cinemas, Coffee Shop, Convenient Store and Speedmart, Courier Services, Electronics & Tele-Communications, Entertainment Store and many more!

Malaysia Complete Government Hospital Listing

Kuala LumpurSelangorKedahKelantanPenangTerengganuPerakPerlisPahangMelakaNegeri SembilanJohorSarawakSabahLabuanPutrajaya

If you are interest to advertise or any incorrect info on our website, kindly drop email to info (a) loinfocentre.com

Penang - Hospital Kepala Batas (HKBATAS)

Hospital Balik Pulau (HBPULAU)Hospital Bukit Mertajam (BOSPBM)Hospital Kepala Batas (HKBATAS)Hospital Pulau Pinang (HPP)Hospital Seberang Jaya (HSBJY)Hospital Sungai Bakap (HSBAKAP)

Penang - Hospital Kepala Batas (HKBATAS)

Hospital Kepala Batas
Jalan Bertam, Kepala Batas
Kepala Batas, Pulau Pinang
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang  
Tel: 04-5793333
Fax: 04-5791088
http://hkbatas.moh.gov.my
Jumlah Katil: 108

Hospital Kepala Batas yang terletak di daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang adalah hospital yang sepatutnya mengganti Hospital Butterworth lama yang telah di tukar fungsinya apabila Hospital Seberang Jaya mula beroperasi pada tahun 1994. Sejak itu, penduduk di daerah ini tidak mempunyai sebarang hospital kerana Hospital Seberang Jaya terletak di daerah Seberang Perai Tengah.Walaupun begitu, perancangan awal telah di ambil untuk membina sebuah hospital baru di daerah Seberang Perai Utara, iaitu Kepala Batas. Hasilnya, sebidang tanah seluas 25 ekar telah di beli di bawah Rancangan Malaysia ke-6.Pembinaan hospital baru ini kemudiannya menjadi kenyataan apabila Majlis Pecah Tanah oleh YAB Timbalan Perdana Menteri telah di lakukan pada 11 November 2000. Kos pembinaan hospital ini ialah sebanyak RM 83 Juta. Hospital ini telah siap mengikut jadual dan di serahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada 1 Disember 2002. Pada 1 Januari 2003, hospital ini telah mula beroperasi. Hospital Kepala Batas terletak di daerah Seberang Perai Utara yang merangkumi keluasan 738.41 km persegi. Penduduk di daerah ini terdiri daripada berbagai kaum yang berjumlah seramai lebih daripada 290,000 orang. Kebanyakan penduduk berkerja berasaskan pertanian. Bagi daerah Kepala Batas, ianya adalah sebuah kawasan yang pesat membangun dan pelbagai projek pembangunan telah di rancang dan ada yang telah siap pembinaannya dan mula beroperasi. Ini termasuklah Hospital Kepala Batas. Kepala Batas telah di rancang dengan kemas dan teliti dan di antara projek yang akan menyusul termasuklah pembinaan sebuah institusi lepasan ijazah untuk perubatan dan pergigian dari Universiti Sains Malaysia serta sebuah kolej perubatan swasta. Pendeknya, Kepala Batas di rancang untuk menjadi sebuah ‘Medical City’ di masa yang mendatang ini.

VISI
Hospital Kepala Batas Akan Wujud Sebagai Sebuah Organisasi Yang Cemerlang Dalam Bidang Rawatan Dan Penjagaan Kesihatan Dalam Menuju Ke Arah Perkembangan Era Teknologi Maklumat Di Rantau Ini.

MISI
Hospital Kepala Batas Akan Menyediakan Perkhidmatan Yang Berkualiti Melalui Penggunaan Optima Kemudahan Dan Sumber Sedia Ada Dengan Penerapan Budaya Kerja Yang Cemerlang Serta Aplikasi Teknologi Maklumat.

OBJEKTIF
Menyediakan Perkhidmatan Rawatan Dan Penjagaan Kesihatan Yang Komprehensif Dan Berkualiti Dengan Menitikberatkan Kesejahteraan Insan Sebagai Teras Perkhidmatan Serta Penerapan Budaya Teknologi Maklumat.