LoInfoCentre.com - One Stop Info Centre for ALL

One Stop Info Centre for all Malaysian. Everything you need to know about Malaysia is here. Airlines Contact, Bags & Leather Goods, Bakery & Snacks, Banks Location, Beauty, Personal Care & Wellness Store, Bicycle Shop, Bookstore Branded Ice-Cream, Bus Services, Bus Terminals, Car Service Centre, Child Care & Preschool Centre, Cinemas, Coffee Shop, Convenient Store and Speedmart, Courier Services, Electronics & Tele-Communications, Entertainment Store and many more!

Malaysia Complete Government Hospital Listing

Kuala LumpurSelangorKedahKelantanPenangTerengganuPerakPerlisPahangMelakaNegeri SembilanJohorSarawakSabahLabuanPutrajaya

If you are interest to advertise or any incorrect info on our website, kindly drop email to info (a) loinfocentre.com

Melaka - Hospital Melaka (HMELAKA)

Hospital Alor GajahHospital Jasin (HJASIN)Hospital Melaka (HMELAKA)

Melaka - Hospital Melaka (HMELAKA)

Hospital Melaka
Jalan Mufti Haji Khalil
Melaka, Melaka
75400 Melaka
Melaka  
Tel: 06-2892344
Fax: 06-2841590
http://hmelaka.moh.gov.my
Jumlah Katil  901

LATAR BELAKANG
Hospital Melaka memberi perkhidmatan rawatan perubatan, pemulihan dan pencegahan yang bermutu,cekap dan berkesan.  Hospital Melaka menyediakan rawatan kepakaran dalam pelbagai disiplin untuk pesakit dalam dan luaran.  Ia juga menyediakan rawatan harian (day care).  Perkhidmatan yang diberikan bukan hanya untuk penduduk negeri Melaka tetapi juga untuk pelanggan dari utara ,Johor dan selatan Negeri Sembilan.

Hospital Melaka dibina pada awal 1930an dan telah dirasmikan oleh Sir Cecil Clementi, Gabenor Negeri-negeri Selat pada 12 Februari 1934. Bangunan baru Hospital Melaka telah dirasmikan oleh Y.A.Bhg. Tun Dr.Mahathir Mohamad pada 9 Ogos 1999.

Visi
Untuk menjadikan Hospital Melaka Pusat Kecemerlangan Serantau yang berupaya memberi rawatan yang prihatin, cekap dan berkesan menerusi budaya kerja berpasukan, profesional dan penyayang serta menggunakan teknologi maklumat terkini.

Misi
Untuk menyediakan rawatan kepakaran yang berkualiti kepada masyarakat melalui semangat berpasukan, profesional dan penyayang. Perkhidmatan ini hendaklah memberi tumpuan kepada pesakit, saksama dan mudah diperolehi oleh semua dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian serta personel yang terlatih.

Objektif
- Untuk menyediakan rawatan kepakaran yang berkualiti kepada pesakit,
- Memberi perkhidmatan kecemasan dan trauma yang efektif, perkhidmatan pesakit dalam serta rawatan harian yang berkualiti,
- Mempastikan bahawa semua personel perubatan menjalani latihan dan pembelajaran perubatan berterusan,
- Menjalankan penyelidikan dan audit demi mempertahankan rawatan yang berkualiti.

Dasar Kualiti
- Hospital Melaka adalah komited untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, cepat dan berkesan supaya dapat memenuhi kehendak pelanggan dan tahap profesionalisme demi mencapai kecemerlangan pada setiap masa.