LoInfoCentre.com - One Stop Info Centre for ALL

One Stop Info Centre for all Malaysian. Everything you need to know about Malaysia is here. Airlines Contact, Bags & Leather Goods, Bakery & Snacks, Banks Location, Beauty, Personal Care & Wellness Store, Bicycle Shop, Bookstore Branded Ice-Cream, Bus Services, Bus Terminals, Car Service Centre, Child Care & Preschool Centre, Cinemas, Coffee Shop, Convenient Store and Speedmart, Courier Services, Electronics & Tele-Communications, Entertainment Store and many more!

Malaysia Complete Government Hospital Listing

Kuala LumpurSelangorKedahKelantanPenangTerengganuPerakPerlisPahangMelakaNegeri SembilanJohorSarawakSabahLabuanPutrajaya

If you are interest to advertise or any incorrect info on our website, kindly drop email to info (a) loinfocentre.com

Sarawak - Hospital Umum Kuching (HUS)

Hospital Bau (HBAU)Hospital BetongHospital Bintulu (BHTU)Hospital DalatHospital Daro (HDARO)Hospital Kanowit (HKANOWIT)Hospital Kapit (HKAPIT)Hospital LawasHospital Limbang (HLIMBANG)Hospital LunduHospital MarudiHospital Miri (HMIRI)Hospital MukahHospital Rajah Charles Brooke MemorialHospital SaratokHospital Sarikei (HSARIKEI)Hospital SentosaHospital SerianHospital Sibu (HSIBU)Hospital SimunjanHospital Sri Aman (HSA)Hospital Umum Kuching (HUS)

Sarawak - Hospital Umum Kuching (HUS)

Hospital Umum Kuching
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
Kuching, Sarawak
93586 Kuching
Sarawak  
Tel: 082-276666
Fax: 082-242751
http://hus.moh.gov.my
Jumlah Katil: 765

Latar Belakang Hospital Umum Sarawak, Kuching
Hospital Umum Sarawak telah wujud di negeri Sarawak pada tahun 1870 walaupun tidak terdapat banyak maklumat mengenainya. Hanya pada 1910 terdapat rekod bertulis mengenai hospital ini. Berdasarkan rekod yang ada hospital ini terletak di tapak Penjara Kuching sekarang dan seramai 920 jumlah pesakit yang dimasukkan di hospital itu pada tahun 1910. Pada tahun 1925, hospital baru telah dibina di tapak sekarang iaitu di Jalan Tun Abang Haji Openg dan mula beroperasi pada tahun 1931.

Selepas perang dunia kedua, hospital ini tidak lagi mampu menampung keperluan yang meningkat. Pada tahun 1957, cadangan untuk membina hospital baru dan moden telah diutarakan. Pembinaan hospital baru ini dirancang dalam 2 fasa. Fasa I melibatkan pembinaan Blok Utama (8 tingkat), merangkumi bahagian bawah, tingkat pertama, kedua dan ketiga. Di sebelah timur pula pembinaan merangkumi tingkat empat, lima, tujuh dan lapan. Pembinaan Unit Kecemasan turut dimasukkan di dalam Fasa I ini.  Fasa II  melibatkan pembinaan untuk melengkapkan satu tingkat di sebelah timur dan 5 tingkat di sebelah barat Blok Utama.

Peruntukan sebanyak RM13,500,000 telah diagihkan daripada Rancangan Pembangunan 1964-1968 dan kos konsultansi dan penyeliaan sebanyak  RM8,242,422 telah dibayar oleh kerajaan Australia di bawah Rancangan Colombo. Kerja pembinaan Fasa I telah bermula pada 1965, dan ianya berjaya disiapkan pada  Mei 1970.  Kos keseluruhan projek tersebut telah meningkat kepada RM17,786, 294. Kerajaan Pusat telah menanggung kos sebanyak RM17,289,307 dan selebihnya ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Pembinaan Fasa II bermula pada September 1970 dan berjaya disiapkan pada tahun 1972. Hospital baru ini mampu menampung sebanyak 582 buah katil dan mempunyai pelbagai kemudahan moden.

Visi
Menuju ke arah menjadi hospital yang berkualiti, komprehensif dan bersepadu dalam penjagaan pesakit. Membangun sebagai pusat kecemerlangan serta menyumbang kepada keunggulan kemajuan perubatan dan pendidikan. Menyediakan segala keperluan perkhidmatan kesihatan untuk semua penduduk dari penjagaan primer ke peringkat pengkhususan tertier

Misi
Hospital Umum Sarawak beriltizam untuk menyediakan penjagaan kesihatan profesional terbaik kepada semua pesakit, dengan standard dan etika profesional yang tertinggi

Moto
?Penjagaan pesakit yang berkualiti dengan keprihatinan?
(Quality patient care with personal touch)