LoInfoCentre.com - One Stop Info Centre for ALL

One Stop Info Centre for all Malaysian. Everything you need to know about Malaysia is here. Airlines Contact, Bags & Leather Goods, Bakery & Snacks, Banks Location, Beauty, Personal Care & Wellness Store, Bicycle Shop, Bookstore Branded Ice-Cream, Bus Services, Bus Terminals, Car Service Centre, Child Care & Preschool Centre, Cinemas, Coffee Shop, Convenient Store and Speedmart, Courier Services, Electronics & Tele-Communications, Entertainment Store and many more!

Malaysia Complete Radio Station Listing

988 FM AI FMBERNAMA Radio24BFM 89.9Capital FMERA fmFly FMhitz.fmHot FMKlasik NasionalKLFMLiteFMMELODY FMMINNALfmMIXfmMY FMNasional FMone FMRed FMSINAR fmSuria FMTHR GegarUFM (Radio UiTM)

If you are interest to advertise or any incorrect info on our website, kindly drop email to info (a) loinfocentre.com

Klasik Nasional

Klasik Nasional

RADIO MALAYSIA KLASIK NASIONAL
TINGKAT 2 SELATAN
WISMA RADIO
ANGKASAPURI
50740 KUALA LUMPUR
+6(03) - 2282 5333
+6(03) - 2284 7591

KLASIK NASIONAL merupakan gabungan dua stesen radio yang sedia ada di RTM iaitu NASIONALfm dan KLASIKfm. Majlis pelancaran penggabungan KLASIK NASIONAL telah disempurnakan oleh YB Menteri Penerangan pada 12 Ogos 2006.  

Tujuan utama penubuhan KLASIK NASIONAL ialah untuk memperluaskan liputan siaran KLASIKfm ke seluruh negara dan bukan hanya di sekitar Lembah Klang sahaja sebelum ini. Disamping itu juga untuk menambah masa siaran lagu-lagu berirama melayu sepenuhnya daripada 16 jam kepada 24 jam sehari melalui saluran sedia ada di NASIONALfm.

Stesen ini adalah 'niche' kepada siaran lagu-lagu berirama melayu dalam pelbagai rentak. Pada peringkat awal pelaksanaannya, program dalam KLASIK NASIONAL adalah mengikut program-program sedia ada di kedua-dua stesen dengan elemen-elemen muzik klasik menjadi unsur utama dalam stesen ini.

Lagu-lagu yang dipilih adalah lagu-lagu rakaman piring hitam/cakera padat (CD) terbitan tahun 40an hingga kini daripada pelbagai rentak irama melayu. Program-program pakej yang sebelum ini ke udara melalui NASIONALfm seperti sukan, hiburan, drama, hal ehwal semasa, pembangunan dan pertanian, agama, siaran langsung termasuk siaran berita dimantapkan lagi demi menyampaikan maklumat yang lebih berkesan kepada pendengar.

KLASIK NASIONAL juga diwujudkan untuk menerapkan nilai-nilai cintakan irama melayu yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan serta untuk mengekalkan keunggulan irama melayu yang merupakan nadi dan jantung bangsa Melayu.

Mulai 8 September 2006, KLASIK NASIONAL menyiarkan semua rancangan pakej mulai pukul 12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi, sementara rancangan-rancangan hiburan yang mengandungi lagu-lagu klasik dan irama melayu pelbagai rentak, disiarkan mengikut segmen-segmen yang ditentukan sepanjang hari.

Mulai tahun 2009, KLASIK NASIONAL mula menyiarkan kembali rancangan-rancangan penerbitan seperti Panggung Drama, Bestani, Drama Bersiri, Diari Sukan, Arena Sukan, Konsert Hiburan mengikut waktu yang sesuai disamping Bual Bicara Bersama Pemimpin mengikut topik atau isu-isu semasa.

Format siaran ialah 2 lagu diikuti dengan hebahan dan teaser.Semua info disiarkan dalam bentuk kapsul tidak melebihi 3 minit. Lintas langsung peristiwa-peristiwa penting disiarkan pada waktu-waktu berkenaan dengan jangka masa tidak melebihi 5 minit. Sementara siaran langsung acara penting negara diteruskan mengikut kalendar tahunan RTM.

Aktiviti KLASIK NASIONAL juga boleh diketahui melalui blogspot iaitu wargaklasiknasional.blogspot.com

"Segalanya Di Sini Menggamit Kenangan" merupakan gabungan tagline kedua-dua stesen sebelum ini yang membawa maksud semuanya ada di Stesen KLASIK NASIONAL iaitu segala maklumat semasa disamping lagu-lagu kotemporari melayu pelbagai rentak dan klasik ada di stesen ini yang tetap akan menjadi ingatan, nostalgia yang menggamit memori.

Format siaran ialah 2 lagu diikuti dengan hebahan dan teaser. Semua info disiarkan dalam bentuk kapsul tidak melebihi 3 minit. Lintas langsung peristiwa-peristiwa penting disiarkan pada waktu-waktu berkenaan dalam jangka masa tidak melebihi 5 minit.

Mulai 28 Januari 2011, tagline ditukar kepada :-

"Segalanya Di Sini Menggamit Kenangan"