LoInfoCentre.com - One Stop Info Centre for ALL

One Stop Info Centre for all Malaysian. Everything you need to know about Malaysia is here. Airlines Contact, Bags & Leather Goods, Bakery & Snacks, Banks Location, Beauty, Personal Care & Wellness Store, Bicycle Shop, Bookstore Branded Ice-Cream, Bus Services, Bus Terminals, Car Service Centre, Child Care & Preschool Centre, Cinemas, Coffee Shop, Convenient Store and Speedmart, Courier Services, Electronics & Tele-Communications, Entertainment Store and many more!

Malaysia Complete Government University Listing
UKM
UMPUniMAPUMSUNIMASUPSIUPNM UPMUSIMUSMUTeMUTMUiTMUTHMUUMUMKUM

universities-government/2163-universiti-utara-malaysia-uum.html

If you are interest to advertise or any incorrect info on our website, kindly drop email to info (a) loinfocentre.com

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Akademi Latihan Ketenteraan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,
Kem Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-9051 3488 (Pegawai Tadbir)
Faksimili : 603-9057 8490

Webmaster: Kapten Mohd Izuddin bin Ramli

Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) adalah merupakan satu organisasi yang menguruskan hal-hal ketenteraan serta melatih Pegawai Kadet dan PALAPES UPNM. Di sinilah kehidupan seorang pegawai kadet dilatih dan dibimbing oleh jurulatih yang dipertanggungjawabkan dalam membentuk sahsiah dan jati diri pegawai kadet itu menjadi Intelectual Leaders of Character. ALK juga berperanan dalam mengeluarkan seorang pegawai tentera yang berilmu, berakhlak mulia dan mengamalkan budaya tentera selaras dengan wawasan dan misi ALK. Sebagai sebahagian tonggak utama kepada UPNM, ALK berperanan untuk membantu universiti mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang dalam membentuk universiti ini menjadi universiti yang unik atau Boutique University.

Adalah diharapkan dengan adanya website ini, maka banyak maklumat berkenaan ALK dapat disampaikan. Sebarang maklumbalas, pandangan atau cadangan daripada para pengunjung website ini adalah amat dialu-alukan bagi menambah baik website ini.

Akhir kata, sekalung penghargaan kepada semua staf dan jurulatih ALK yang sentiasa bekerja keras dalam membantu ALK menjadi satu ketumbukan yang cemerlang.

OBJEKTIF

Objektif Akademi Latihan Ketenteraan ialah:
- Memberi pelajaran dan latihan kepada Pegawai Kadet dalam tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pegawai muda di dalam pasukan.
- Membina ciri-ciri penting ketenteraan, menanam semangat berdisplin, taat setia dan kegigihan terhadap tugas.
- Memberi pengetahuan ketenteraan yang asas.
- Membina kecergasan jasmani.

VISI
Visi Akademi Latihan Ketenteraan adalah untuk melahirkan Pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia, mengamalkan budaya tentera, cekap dan dapat menyumbangkan tenaga ke arah pembangunan pertahanan negara.

MISI
Misi Akademi Latihan Ketenteraan adalah untuk mempertingkatkan bilangan pegawai tentera yang berpendidikan tinggi berteraskan budaya ketenteraan, memperluas dan mempertingkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan pertahanan negara.