Hospital Beaufort (HBEAUFORT) • Hospital Beluran • Hospital Duchess Of Kent (HDOK) • Hospital Keningau (HKGU) • Hospital Kinabatangan (HKBTGN) • Hospital Kota Belud (HKOTABELUD) • Hospital Kota Marudu (HKM) • Hospital Kuala Penyu (HSPKPYU) • Hospital Kudat • Hospital Kunak (HKNK) • Hospital Lahad Datu (HLDU) • Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP) • Hospital Papar (HPAPAR) • Hospital Pitas (HPITAS) • Hospital Queen Elizabeth (QEH) • Hospital Queen Elizabeth II (HQE2) • Hospital Ranau (HRANAU) • Hospital Semporna (HSPN) • Hospital Sipitang (HSIPITANG) • Hospital Tambunan (HTBN) • Hospital Tawau (HTWU) • Hospital Tenom (HTENOM) • Hospital Tuaran (HTUARAN) • Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS)
Sabah – Hospital Sipitang (HSIPITANG)
Hospital Sipitang
Peti Surat 250
Sipitang, Sabah
89857 Sipitang
Sabah
Tel: 087-822296
Fax: 087-822304
htt://phsipitang.moh.gov.my
Jumlah Katil: 93
PENGENALAN HOSPITAL SIPITANG
Perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Daerah Sipitang bermula seawal tahun 70-an iaitu sebuah dispenseri. Namun ia adalah bekas rumah rehat pada zaman British Colony. Antara perkhidmatan yang diberikan ialah perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar, Klinik Ibu & Anak dan perkhidmatan kesihatan lain seperti Kawalan Tibi dan Malaria sertadiselia oleh seorang pembantu perubatan sahaja.
Bagi perkhidmatan lain seperti pergigian pula hanya dijalankan sebagai rawatan berjadual daripada Pergigian Kawasan Beaufort termasuklah lawatan ke sekolah-sekolah rendah. Pusat Kesihatan Sipitang atau Jabatan Pesakit Luar Daerah Sipitang yangada pada masa ini hanya mula beroperasi pada tahun 1991.
LATAR BELAKANG HOSPITAL SIPITANG
Hospital Sipitang pula terletak di Jalan Mesapol-Sipitang iaitu kira-kira 2 kilometer dari pekan Sipitang. Keluasan kawasan hospital ini ialah 16.5 hektar (40.77 ekar). Hospital yang berkonsepkan Hospital Nukleus ini dibina atas idea dan saranan Tun Ghaffar Baba. Jumlah perbelanjaan awal bagi proses pembinaan awalnya ialah sebanyak RM52.5 juta.
Secara rasminya, Hospital Sipitang mula beroperasi pada 10 April 1995 dengan jumlah kakitangan pada masa itu seramai 58 orang. Hospital dirasmikan oleh Menteri Kesihatan pada 9 Mei 2005. Selain itu kemudahan sukan seperti padang bola sepak dan gelanggang bola tampar turut melengkapi senarai kemudahan yang ada.
KAPASITI PENDUDUK DAERAH
Penduduk Daerah Sipitang adalah seramai kira-kira 33,000 orang (berdasarkan Bancian Tahun 2007) yang merangkumi 3 mukim iaitu Mukim Mesapol, Mukim Sindumin dan Mukim Melamam.
Terdapat sebanyak 85 buah kampung dan penduduknya adalah terdiri daripada kaum Kedayan(majoriti sebanyak 79% daripada penduduk bumiputera), Brunei, Lundayeh, Murut, Cina dan Bisaya.
SOSIO EKONOMI PENDUDUK
Kegiatan ekonomi di daerah ini adalah tertumpu kepada pertanian dan perhutanan. Sungguhpun demikian terdapat kegiatan perkilangan yang aktif seperti Sabah Forest Industries yang merupakan satu-satunya kilang kertas di Negeri Sabah.
Tanaman utama yang diusahakan ialah getah, kelapa sawit, padi, buah-buahan dan sayur-sayuran. Manakala kegiatan perikanan menjadi sumber ekonomi bagi penduduk di kawasan pesisir pantai seperti Kg. Kuala Mengalong, Kg. Tanjung Pagar, Kg. Menangah dan Kg. Pelakat.
JALAN PERHUBUNGAN
Daerah Sipitang terletak kira-kira 144 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu, 56 kilometer dari WP. Labuan dan 49 kilometer dari Daerah Beaufort, dan 54 kilometer dari Lawas (Sarawak). Bersempadan dengan Daerah Beaufort di utara, Daerah Tenom di timur dan Kalimantan (Indonesia) dan Negeri Sarawak di selatan.
Visi, Misi dan Objektif
VISI
Hospital Sipitang akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan perubatan yang menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dengan anggota yang profesional dan penyayang serta menggunakan teknologi semasa yang sesuai dan mesra alam dengan memberikan penekanan kepada aspek maruah manusia serta budaya masyarakat setempat.
MISI
Memberikan perkhidmatan perubatan yang cemerlang dengan pendekatan yang adil, saksama, cekap, berkesan, mudah diperolehi, selesa, mesra pelanggan, berteknologi dan berkualiti agar mutu kehidupan dapat sentiasa dipertingkatkan.
OBJEKTIF
1. Menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dengan memberikan penekanan kepada aspek penambahbaikan yang berterusan;
2. Menyediakan perkhidmatan baru yang sesuai dengan keperluan semasa agar perkhidmatan yang diberikan lebih menyeluruh dan memudahkan masyarakat setempat;
3. Meningkatkan kefahaman, kesedaran dan penyertaan anggota, pelanggan dan masyarakat melalui program-program pendidikan yang diwujudkan;
4. Menyediakan kemudahan peralatan perubatan dan bukan perubatan dengan teknologi semasa sepenuhnya;
5. Mewujudkan kawasan hospital yang bersih, cantik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk semua kategori pelanggan;
6. Mewujudkan tenaga kerja yang menghayati budaya kerja cemerlang serta mengamalkan nilai-nilai budaya korporat; dan
7. Memastikan semua anggota bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan program dan aktiviti yang diadakan.