Sarawak – Hospital Sarikei (HSARIKEI)

Hospital Bau (HBAU)Hospital BetongHospital Bintulu (BHTU)Hospital DalatHospital Daro (HDARO)Hospital Kanowit (HKANOWIT)Hospital Kapit (HKAPIT)Hospital LawasHospital Limbang (HLIMBANG)Hospital LunduHospital MarudiHospital Miri (HMIRI)Hospital MukahHospital Rajah Charles Brooke MemorialHospital SaratokHospital Sarikei (HSARIKEI)Hospital SentosaHospital SerianHospital Sibu (HSIBU)Hospital SimunjanHospital Sri Aman (HSA)Hospital Umum Kuching (HUS)

Sarawak – Hospital Sarikei (HSARIKEI)

Hospital Sarikei
Jalan Rentap
Sarikei, Sarawak
96100 Sarikei
Sarawak  
Tel: 084-653333
Fax: 084-653409
http://hsarikei.moh.gov.my
Jumlah Katil: 212

HOSPITAL SARIKEI
Hospital Sarikei yang pertama dibina pada tahun 1961 terletak di Jalan Repok. Pada awal pembukaannya, ia hanya dilengkapi dengan 40 buah katil dan telah dirasmikan oleh Encik Leong Ming Tak, Pengerusi Majlis Daerah Sarikei pada 22 Disember 1962.

Pada tahun 1974 Wad Bersalin telah dibina dan pada tahun 1982 jumlah katil telah bertambah kepada 108 buah katil. Semenjak dari mula hospital ini beroperasi, ia telah banyak memberi perkhidmatan kepada penduduk Bandar Sarikei dan daerah-daerah berdekatan dan merupakan hospital rujukan bagi 4 buah pusat klinik kesihatan dan 16 buah klinik desa.

Hospital Sarikei (2006 – sekarang)
Hospital Sarikei yang baru terletak di Jalan Rentap, iaitu kira-kira 6km dari pusat bandar. Ia mula dibina pada 1 Julai 2001 dan tanggal 15 Februari 2006 merupakan tarikh bermulanya hospital yang baru ini beroperasi dengan rasminya. Hospital ini merupakan merupakan pusat rujukan kesihatan yang dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur yang lebih moden dan terkini.

Dengan keluasannya yang merangkumi 38 hektar, hospital ini dilengkapi dengan Kompleks Perubatan, Blok Perubatan, Blok Kediaman Kakitangan, Asrama Jururawat, Bangunan Perkhidmatan Sokongan, Gelanggang Permainan, Tempat Letak Kereta dan Tempat Mendarat Helikopter.
Hospital ini dilengkapi dengan 212 buah katil, namun di awal pembukaannya, hanya 112 buah katil sahaja beroperasi. Hospital ini dirancang di masa akan datang dapat menampung sebanyak 268 buah katil. Kini Hospital Sarikei telah beroperasi dengan 168 buah katil.

VISI
Menjadi pusat perkhidmatan perubatan yang cemerlang ke arah peningkatan mutu kehidupan

MISI

Misi Hospital Sarikei ialah memastikan semua aspek penyediaan perkhidmatan perubatan mematuhi piawaian berikut:

– Menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada setiap individu melalui amalan menghormati martabat insan dalam persekitaran yang mesra pelanggan
– Mengutamakan profesionalisme dan inovasi dalam setiap aspek perkhidmatan perubatan
– Melaksanakan tadbir urus yang cekap sebagai pemangkin kecemerlangan perkhidmatan perubatan
– Menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah mutu perkhidmatan

OBJEKTIF
–   Menyediakan perkhidmatan penentuan penyakit, perawatan dan pemulihan yang berkualiti, cekap, berkesan dan menyeluruh.
–   Menyediakan kemudahan dan peluang latihan pendidikan berterusan kepada pelbagai kategori anggota perubatan dan kesihatan.
–   Meningkatkan kefahaman, kesedaran dan penyertaan anggota perubatan, pelanggan dan masyarakat melalui pelaksanaan program-program promosi kesihatan.
–   Memenuhi dan mematuhi Akreditasi Hospital, Kementerian Kementerian Kesihatan.
–   Mewujudkan tenaga kerja yang menghayati Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.
–   Berupaya menangani sebarang situasi seperti wabak penyakit dan pandemik.

MOTO
Perkhidmatan Berkualiti Lahir Dari Insan Berkualiti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *