Hospital Kota Tinggi (HKOTATINGGI) • Hospital Mersing (HMERSING) • Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) • Hospital Permai • Hospital Pontian (HPONTIAN) • Hospital Segamat (HSGM) • Hospital Sultan Ismail (HSI) • Hospital Sultanah Aminah (HSAJB) • Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) • Hospital Tangkak • Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim
Johor – Hospital Kota Tinggi (HKOTATINGGI)
Hospital Kota Tinggi
Jalan Tun Habah
Kota Tinggi, Johor
81900 Kota Tinggi
Johor
Tel: 07-883113132
Fax: 07-8831333
http://hkotatinggi.moh.gov.my
Jumlah Katil 158
SEJARAH HOSPITAL KOTA TINGGI
Pada awal permulaan pembukaan Hospital Kota Tinggi iaitu pada tahun 1913, hospital ini hanya mempunyai 3 wad yang menempatkan 60 buah katil untuk merawat pesakit.
Kemudian proses pembaikan dan pengubahsuaian hospital dilakukan secara berterusan pada tahun 1976 hingga 1995 untuk memenuhi keselesaan pesakit yang dirawat di hospital ini.
Pada tahun 2002, unit Hemodialisis telah ditubuhkan dengan mempunyai empat buah mesin hemodialisis dan ditambah dua mesin lagi pada tahun 2006 untuk memberikan rawatan kepada pesakit buah pinggang yang semakin bertambah di daerah Kota Tinggi.
Tahun 2004, bangunan baru 4 tingkat siap dibina bagi menempatkan wad bersalin, wad O&G, wad kanak-kanak (Wad Kenanga), wad kelas dua lelaki (Wad Tanjung Lelaki) dan wad kelas dua perempuan (Wad Tanjung Perempuan). Dan sehingga kini Hospital Kota Tinggi mempunyai 6 buah wad yang menempatkan 158 katil.
TADAHAN PENDUDUK
Daerah Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah di Negeri Johor yang mempunyai keluasan tanah seluas 3,500 km persegi yang terdiri daripada 10 buah mukim, 20 buah felda, 4 buah felcra, 26 buah kampung, 117 buah kampung rangkaian dan 6 buah kampung orang asli . Ia mempunyai kepadatan penduduk lebih kurang 221, 716 orang (tahun 1993).
Sehubungan itu, pihak kerajaan telah menyediakan 1 hospital ( Hospital Kota Tinggi ), 13 klinik kesihatan, 31 klinik desa dan 20 klinik kesihatan untuk kemudahan kesihatan bagi penduduk daerah Kota Tinggi.
Hospital Kota Tinggi memberikan khidmat perubatan kepada penduduk-penduduk kawasan bandar dan luar bandar ( felda-felda, estet-estet & kampung-kampung) di daerah Kota Tinggi serta menerima kes-kes dari kawasan Tenggaroh, Mersing dan kawasan Ulu Tiram, Johor Bahru.
MISI HOSPITAL
MEMPASTIKAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MELALUI PERKHIDMATAN RAWATAN DAN PEMULIHAN YANG TEPAT DAN BERKESAN
VISI HOSPITAL
HOSPITAL KOTA TINGGI ADALAH KOMITED UNTUK MEMPASTIKAN BAHAWA SETIAP PERKHIDMATAN SENTIASA BERKEMBANG KE ARAH SATU PUSAT RAWATAN YANG UNGGUL DAN CEMERLANG
OBJEKTIF HOSPITAL
MEMBERI PERKHIDMATAN DIAGNOSA, RAWATAN DAN PEMULIHAN DENGAN CEKAP DAN BERKESAN BAGI MEMASTIKAN PENYEMBUHAN PENYAKIT DENGAN CEPAT DAN MAKSIMA
DASAR KUALITI
KAMI ADALAH KOMITED UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG CEKAP, TEPAT DAN MESRA BAGI MEMENUHI KEPUASAN HATI PELANGGAN