Kedah – Hospital Jitra (HJITRA)

Hospital Baling (HBALING)Hospital Jitra (HJITRA)Hospital Kuala Nerang (HKNERANG)Hospital Kulim (HKULIM)Hospital Langkawi (HLANGKAWI)Hospital Sik (HSIK)Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)Hospital Sultanah Bahiyah (HSBAS)Hospital Yan (HYAN)

Kedah – Hospital Jitra (HJITRA)

Hospital Jitra
Jalan Changlun, Jitra Kedah
Jitra, Kedah
06000 Jitra
Kedah  
Tel: 04-9174333
Fax: 04-9176346
http://hjitra.moh.gov.my
Jumlah Katil: 103

Latar Belakang
Hospital Jitra merupakan salah sebuah dari 8 buah hospital di Negeri Kedah Daul Aman dengan keluasan kawasannya  40 ekar. Ianya dibawah kategori hospital tanpa pakar dan Hospital  Sultanah Bahiyah sebagai hospital rujukan. Memberi perkhidmatan kepada 222,405 orang penduduk Kubang Pasu. •Pada  01.10.1992  perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar dimulakan dan seterusnya  pada  14.02.1993 mula memberi perkhidmatan   kepada pesakit  dalam. Pada peringkat  awal pembukaannya hanya Wad Bersalin, Wad Lelaki Dan Wad Perempuan sahaja yang beroperasi. Pada masa itu Wad kanak-kanak menumpang di Wad Perempuan. Dari masa kesemasa dan berikutan penambahan kepadatan penduduk di Daerah Kubang Pasu pada 01.01.1998 Wad Kanak-kanak mula beroperasi. Pada masa ini  jumlah katil hanya 89 buah sahaja (14.02.1993 – 31.12.2004).

•Hospital ini telah dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohammad (Mantan Perdana Menteri Malaysia) pada 03/05/1993. Beberapa Bangunan Tambahan di bawah RM Ke 8 dan 9 seperti Jabatan kecemasan dan trauma, beroperasi pada 27.11. 2001, Wad Bersalin mula beroperasi pada 05.07. 2003 dan naik  taraf penggunaan katil secara resmi dari 12 katil kepada 26 katil  pada (01.01.2005). Jumlah penggunaan katil meningkat dari dari 89 buah kepada 103 buah.

•Unit-unit lain yang turut naik taraf adalah Unit fisioterapi pada 01.09.2003, unit pemulihan cara kerja pada 01.10.2009, Pusat Sumber (Unit Pendidikan) pada 01.01.2010, Unit kualiti pada 01.01.2010,  Klinik Pakar – beroperasi pada 1.3.2010

•Satu-satunya Unit yang beroperasi diluar kawasan Hospital Jitra ialah Unit Hemodialisis. Ianya  ditempatkan di Kompleks Kesihatan  Jitra  dengan jarak lebih kurang 2.5 km dari hospital ini dan memberi perkhidmatan harian(day care) pesakit renal.

•Hospital ini juga menjadi pusat latihan kepada pelatih jururawat, penolong pegawai perubatan dan jururawat masyarakat samada dari kolej kementerian kesihatan ataupun kolej swasta.

VISI HOSPITAL JITRA
Mewujudkan Hospital Cemerlang

MISI HOSPITAL JITRA
Menyediakan Perkhidmatan Berkualiti Menyeluruh Kepada Semua Pelanggan Berteraskan Profesionalisma Dan Etika Yang Tinggi.

OBJEKTIF HOSPITAL JITRA
Meningkatkan Taraf Kesihatan Penduduk Tempatan Dan Sekitarnya Dengan Menyediakan Kemudahan Perubatan Yang Tinggi.

Menyediakan Perkhidmatan Rawatan Yang Berkualiti Kepada Pesakit Disamping Meningkatkan Tahap Pengetahuan Kesihatan Dikalangan Pesakit Dengan Memberi Pemdidikan Yang Sempurna.

Menyediakan Perkhidmatan Sokongan Yang Cekap Dan Berkualiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *