Kelantan – Hospital Kuala Krai (HKRAI)

Hospital JeliHospital Kuala Krai (HKRAI)Hospital Machang (HMACHANG)Hospital Pasir Mas (HMAS)Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ2)Hospital Tanah Merah (HMERAH)Hospital Tengku AnisHospital Tumpat (HTUMPAT)

Kelantan – Hospital Kuala Krai (HKRAI)

Hospital Kuala Krai
Jalan Kota Bharu
Kuala Krai, Kelantan
18000 Kuala Krai
Kelantan  
Tel: 09-9611300
Fax: 09-9666076
http://hkrai.moh.gov.my/
Jumlah Katil: 150

SEJARAH HKK
Hospital Kuala Krai (HKK) telah mula di bina pada tahun 1917 semasa zaman pemerintahan British. Ia merupakan hospital yang tertua di Negeri Kelantan. Hospital ini terletak di atas bukit di pinggir bandar Kuala Krai. Ianya terletak kira-kira 70 km dari bandar Kota Bharu.

Bangunan yang pertama di bina pada tahun 1917 adalah merupakan satu blok batu bata dan kayu dan blok ini di bahagikan kepada beberapa bahagian untuk di jadikan pejabat, wad lelaki, wad perempuan, wad TB dan wad bersalin. Berhadapan dengan bangunan ini didirikan 3 bangunan kecil untuk di jadikan dapur, dobi, tandas dan bilik bersalin.

Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, bilangan pegawai perubatan di Hospital Kuala Krai telah ditambah bagi melancarkan proses memberi rawatan kepada penduduk sekitar. Di samping itu, pembaikan bangunan hospital yang sedia ada juga telah di buat seperti dewan bedah, wad bayaran, wad bersalin dan bilik bersalin yang di besarkan. Pada tahun 1975 satu lagi bangunan dua tingkat di bina untuk menempatkan Unit Pesakit Luar, bilik Pegawai Perubatan, Unit makmal dan unit X-ray.

VISI
“Hospikrai-

Satu Pusat Harapan
Di mana pesakit dapat dikunjungi
Dengan penuh keyakinan
Dia akan dilayan
Dengan mesra dan simpati
Dan dia akan diberi
Rawatan yang terbaik bagi keadaannya
Samada di hospital ini
Mengikut kemampuan kami”

MISI
“Kami akan sedaya upaya
setiap insan
yang berurusan dengan kami
akan menikmati
…… kesembuhan
…… kelegaan
atau sekurang-kurangnya
…. Ketenangan  ………. InsyaAllah

Dengan menekankan profesionalisma,
Kerja berpasukan
Dan perkhidmatan penyayang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *