Hospital Jeli • Hospital Kuala Krai (HKRAI) • Hospital Machang (HMACHANG) • Hospital Pasir Mas (HMAS) • Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ2) • Hospital Tanah Merah (HMERAH) • Hospital Tengku Anis • Hospital Tumpat (HTUMPAT)
Kelantan – Hospital Machang (HMACHANG)
Hospital Machang
Jalan Pasir Puteh
Machang, Kelantan
18500 Machang
Kelantan
Tel: 09-9741300301
Fax: 09-9752470
http://hmachang.moh.gov.my
Jumlah Katil: 90
Hospital Machang adalah salah sebuah organisasi dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Hospital ini mula beroperasi pada tahun 1976 diatas tanah seluas 27 ekar. Bilangan katil telah dikurangkan dari 120 kepada 90 buah katil pada tahun 2005 setelah dicadangkan oleh MSQH pada survey pertama akreditasi. Hospital ini memberi perkhidmatan rawatan perubatan kepada lebih 105,000 penduduk daerah Machang dan sekitarnya.
Hospital Machang menerima rujukan dari klinik kesihatan serta dari klinik swasta berdekatan.
Pesakit dirujuk ke Hospital Kota Bharu , Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (HUSM) dan Hospital Kuala Krai.
Perkhidmatan yang diberikan oleh Hospital Machang ialah
A. Rawatan Pesakit Luar melalui:
– Unit Kecemasan
– Klinik Pesakit Luar
– Klinik Respiratori
– Klinik Lawatan Pakar
– Unit Hemodialisis (perkhidmatan baru)
B. Rawatan Pesakit Dalam terdiri dari:
– Wad Lelaki
– Wad Perempuan
– Wad Kanak-Kanak
– Wad Bersalin
C. Perkhidmatan sokongan klinikal terdiri dari:
– Makmal,
– Pengimejan Diagnostik,
– Farmasi
– Unit Bekalan Steril (CSSU)
– Fisioterapi
D. Perkhidmatan sokongan bukan klinikal terdiri dari:
– Stor Perubatan Integrasi
– Rekod Perubatan
– Sajian
– Pentadbiran dan Hasil
– Unit Sosial dan Perubatan
– Perkhidmatan Syarikat Konsesi yang meliputi perkhidmatan Linen, Kebersihan, Sisa Klinikal, Kejuruteraan Fasiliti dan Biomedikal
MISI
Memberi perkhidmatan yang cekap dan adil melalui kakitangan yang terlatih dan komited untuk mencapai kesejahteraan dan kepuasan pelanggan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
VISI
Hospital Machang akan menjadi sebuah Hospital yang cemerlang , berkualiti dalam merealisasikan wawasan
Kementerian Kesihatan Malaysia