Kelantan – Hospital Tanah Merah (HMERAH)

Hospital JeliHospital Kuala Krai (HKRAI)Hospital Machang (HMACHANG)Hospital Pasir Mas (HMAS)Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ2)Hospital Tanah Merah (HMERAH)Hospital Tengku AnisHospital Tumpat (HTUMPAT)

Kelantan – Hospital Tanah Merah (HMERAH)

Hospital Tanah Merah
17500 Tanah Merah
Tanah Merah, Kelantan
17500 Tanah Merah
Kelantan  
Tel: 09-9545000
Fax: 09-9557929
http://hmerah.moh.gov.my
Jumlah Katil: 120

Sejarah Penubuhan

1. Hospital Tanah Merah (HTM) telah memulakan operasinya pada 2 Mei 1985. Jangkamasa 10 tahun untuk menyempurnakan pembinaannya. Sejarah pembinaan yang bermula sejak tahun 1975 menelan belanja sebesar RM 7.8 juta telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Al- Kelantan pada Ahad , 20 April 1986.

2. Terletak di sebuah bukit yang bernama Bukit Remah dengan keluasan 6 hektar, hanya 500 meter dari pusat bandar Tanah Merah. Lokasi yang berada di jalan utama seperti Jalan / Lebuh raya Timur – Barat yang menghubungkan Grik di Perak ke Jeli di Kelantan melalui Tanah Merah ke Kota Bharu dan Jajahan lain di Kelantan. Jajahan sekitar adalah jajahan Jeli di barat, Machang di Timur, Pasir Mas di utara dan Kual Krai di selatan. Jarak ke Kota Bharu adalah 51 KM.

3. HTM dengan bilangan kakitangan seramai 342 orang telah dinaik taraf sebagai hospital berpakar pada tahun 2006 dan menjadi pusat rujukan pesakit dari hospital – hospital dan Klinik Kesihatan berhampiran. Ia meliputi seluruh jajahan Tanah Merah , jajahan Jeli, sebahagian Machang dan Pasir Mas. Kepakaran-kepakaran yang terdapat di HTM ialah, Ortopedik, Bedah Am, Obstetrik dan Ginekologi, Anestesiologi, dan Pediatrik. Selain itu terdapat juga pakar – pakar lawatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian yang menjalankan perkhidmatan kepakaran mereka disini .

4. Terdapat 30 unit yang terdiri daripada unit Klinikal dan sokongan bukan klinikal di Hospital Tanah Merah. Ia menjalankan hampir semua urusan pengurusan pesakit. Unit Pesakit Dalam yang terdiri daripada Wad Am sebanyak empat buah dan satu Dewan Bedah .Manakala unit Pesakit luar terdiri daripada Unit Pesakit Luar, klinik Respiratori, klinik Pakar dan Unit Kecemasan dan Trauma. Unit sokongan klinikal terdiri daripada Unit Patologi dan Tabung Darah, Unit Pengimejan Diagnostik, Unit Fisioterapi, Unit Farmasi, Unit Hemodialisis dan Unit Pensterilan .

HTM telah memulakan aktiviti atau program kualitinya sejak tahun 1991. Strategi utama bagi program tersebut adalah untuk meningkatkan dan menaik taraf kemudahan dan fasiliti dan pembangunan insan secara total dan program penambahbaikan sistem Kualiti.

Di samping peningkatan fasiliti, pembangunan modal insan juga diberi keutamaan. Seluruh warga kerja telah didedahkan dengan pelbagai elemen kualiti secara kerohanian dan jasmaniah sebagai penggerak ke arah peningkatan kerja berkualiti. Hasil daripada perancangan yang teliti oleh pihak pengurusan dan iltizam seluruh warga Hospital Tanah Merah telah berjaya mendapat persijilan MS ISO 9002 (versi 1994)pada tahun 2001. Persijilan selama tiga tahun dari tahun 2001 hingga 2004 adalah antara hospital daerah pertama yang pertama di Kelantan mendapat persijilan tersebut. Sejak itu ia mula menjadi kayu ukur/ penanda aras terhadap kecemerlangan peningkatan kualiti perkhidmatan di Kelantan dan luar Kelantan. Hospital Tanah Merah juga baru –baru ini, pada 28 hingga 29 Julai 2008 telah berlangsung Audit Surveillance oleh juruaudit SIRIM QAS. Telah dicadangkan untuk mengekalkan persijilan MS ISO 9001: 2000 untuk tempoh tiga tahun lagi.

VISI
Hospital Tanah Merah akan menjadi pusat kecemerlangan yang terunggul di dalam perkhidmatan perawatan melalui warga kerja yang bertanggungjawab, beriltizam dan berkemahiran tinggi dengan mengutamakan aspek budaya korporat, kepuasan pelanggan, penambahbaikan kualiti berterusan, inovasi, teknologi berpatutan dan proaktif serta menggalakkan pengamalan cara hidup sihat dan penyertaan seluruh masyarakat ke arah peningkatan status kesihatan dan kehidupan yang lebih berkualiti.

MISI
Untuk menyediakan rangkaian perubatan dan sokongan yang berkualiti, dinamik serta persekitaran yang selesa kepada pengguna dalaman dan luaran hospital.

OBJEKTIF
Untuk menyediakan rangkaian rawatan perubatan dan sokongan yang berkualiti, dinamik serta persekitaran yang selesa kepada pengguna dalaman dan luaran hospital.

MOTTO
Menjejak Kualiti, Menjana Kecemerlangan

DASAR KUALITI
Pengurusan atasan Hospital Tanah Merah yakin dengan komitmen padu dan bertanggungjawab yang berkualiti dan sentiasa berusaha untuk penambahbaikan “Sistem Pengurusan Kualiti” bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Setiap anggota dipertanggungjawabkan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik mengikut kemampuan selaras dengan etika professional serta amalan piawaian yang telah ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *