Labuan – Hospital Labuan (HLABUAN)

Labuan – Hospital Labuan (HLABUAN)

Hospital Labuan
Peti Surat 81006
Labuan, WP Labuan
87020 Labuan
WP Labuan  
Tel: 087-423922 423919
Fax: 087-423928
http://hlabuan.moh.gov.my
Jumlah Katil: 109

Labuan adalah sebuah pulau yang indah terletak di Malaysia Timur. Kedudukannya berhampiran negeri Sabah kira-kira 17 kilometer dari daerah Menumbok, tempat perhubungan yang paling hampir serta berhampiran dengan Negara Brunei Darussalam di sebelah barat laut. Mempunyai keluasan 87.52 kilometer persegi. Keadaan permukaan buminya adalah rata tetapi sedikit sebanyak berbukit-bukit di sebelah utara dan barat serta mempunyai pantai yang landai. Jarak bibir pantai Labuan dengan tanah besar Borneo ialah kira-kira 8 kilometer. Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984.

Hospital Labuan adalah sebuah hospital yang menggunakan konsep nukleus. Ianya mula dibina pada 10 Oktober 1991 dan siap pembinaannya pada 29hb Januari 1995 di mana penyelenggaraan bangunan dan peralatannya masih dibawah tanggungjawab Syarikat Pembinaan YTL Sdn. Bhd sehingga 08 Mac 1997.Hospital ini terletak di kawasan seluas kira-kira 12.047 hektar dengan keluasan bangunan 31,969 meter persegi . Mula beroperasi pada 10 Jun 1995 dan telah dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 29 Ogos 1996 dengan mempunyai kapasiti 109 katil. Hospital Labuan ini mempunyai kemudahan bagi perkhidmatan pakar yang dijangka dapat memberikan keselesaan perkhidmatan rawatan perubatan kepada kira-kira lebih 86,908 (statistik 2011) orang penduduk Labuan.

Hospital Labuan merupakan hospital dengan pakar iaitu Pakar Perubatan, Pakar Bedah Am, Pakar Bius, Pakar Ortopedik dan Pakar Obstetrik dan Gynaecologi (O&G). Pakar-pakar untuk disiplin seperti Telinga dan Hidung (ENT), Paediatrik, Psikiatrik, Nefrologi dan Optometri adalah dari Hospital Queen Elizabeth, Hospital Likas atau Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah. Kesemua pakar menjalankan klinik di Klinik Pakar (Klinik Pakar 1, 2, 3 dan 4). Sekarang hospital ini mempunyai seramai lebih 383 orang kakitangan bertugas di sini di mana 22 orang daripadanya adalah Pegawai Perubatan dengan 5 orang Pakar Perubatan. Walau bagaimanapun, bilangan kakitangan ini akan ditambah dari masa kesemasa mengikut keperluaan dan kesesuaiannya.

Latar Belakang
Menyediakan kemudahan perawatan yang cekap, cepat dan berkesan serta berfokuskan pelanggan supaya pelanggan dapat pulih dengan segera dan dapat menjalankan aktiviti kehidupan seharian dengan sempurna.

Misi
Merangsang dan memudahkan rakyat mengekalkan status kesihatan mereka untuk menikmati kehidupan yang lebih bermutu dan produktif dari segi sosio-ekonomi mereka.

Wawasan
Hospital Labuan akan menjadi pusat perawatan utama, melalui sistem perubatan dan kesihatan yang adil dan saksama, cekap, tersedia dengan teknologi yang serasi pelanggan. Mempraktikkan sistem yang mengutamakan kualiti dan hormat kepada kemuliaan insan ke arah peningkatan mutu kehidupan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *