Nasional FM
Nasionalfm, Aras 3 Selatan, Wisma Radio,
50740 Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Tel: +6(03) 2288 4976 / +6(03) 2288 7594
Email:nasionalfm@rtm.gov.my
Website: nasionalfm.rtm.gov.my
SEJARAH STESEN NASIONALfm
NASIONALfm – merupakan kesinambungan kepada sejarah penubuhan Radio di negara kita pada tahun 1946. Sejarah Radio berbahasa Melayu yang meliputi seluruh tanahair sudahpun bermula menerusi pelbagai nama stesen seperti Radio Malaya, Rangkaian Nasional, Radio Satu dan sebagainya. Hari ini, Nasionalfm memikul amanah ini dengan semangat baru dan corak persembahan yang sesuai dengan tuntutan masa.
Tepat jam 12 tengah malam bertempat di studio konti 2 Wisma Radio, lagu pengenalan ‘Nasionalfm…sentiasa di hati’ mula berkemundang di udara di seluruh negara menandakan kesinambungan dengan wajah baharu. Nasionalfm bersiaran selama 24 jam sehari ke seluruh pelusuk negara dengan siaran Berita Radio setiap satu jam menjadikannya stesen Radio yang mempunyai gelanggang siaran paling luas di Malaysia.
Radio Nasionalfm akan terus melakar laluan sejarah sebagai Radio Kebangsaan, Radio Induk dan Radio Tonggak bagi kesemua stesen Radio RTM di seluruh negara.