Negeri Sembilan – Hospital Port Dickson (HPD)

Hospital Jelebu (HJELEBU)Hospital JempolHospital Port Dickson (HPD)Hospital Tampin (HTAMPIN) Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN)Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS)

Negeri Sembilan – Hospital Port Dickson (HPD)

Hospital Port Dickson
KM 11, Jalan Pantai
Port Dickson, Negeri Sembilan
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan  
Tel  06-6626333
Fax  06-6625003
http://hpd.moh.gov.my
Jumlah Katil  94

SEJARAH HOSPITAL

Hospital Port Dickson pada awalnya adalah Hospital Beri- Beri (Sumber Arkib Negara). Hospital lama telah dibina pada 1895.

Rekabentuk Hospital Port Dickson adalah berkonsepkan HOSPITAL NUKLEUS yang pertama di Malaysia pada 1994.

Konsep NUKLEUS adalah adaptasi senibina dari Hospital di United Kingdom.

Kos pembinaan hospital adalah 40 juta dengan keluasan 55ekar.

Hospital ini terletak 11km dari bandar Port Dickson. Mempunyai 94 buah katil dengan 5 wad utama.

Hospital ini telah mula beroperasi secara rasmi pada 6 Jun 1994.

OBJEKTIF
– Meningkatkan kualiti rawatan perubatan dan pendidikan kesihatan melalui kakitangan yang terlatih lagi dedikasi.
– Memberikan layanan yang mesra berkonsepkan budaya masyarakat penyayang dan nilai-nilai murni kepada setiap pelanggan serta prihatin kepada kehendak-kehendak pelanggan.
– Memupukkan sikap saling hormat-menghormati di kalangan kakitangan agar melahirkan kakitangan yang
– berhemah tinggi serta mengamalkan sikap bekerja dalam pasukan supaya dapat mengeratkan lagi komitmen terhadap tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan.
– Menetukan perkhidmatan bukan perubatan seiringan dengan perkhidmatan perubatan agar selari
– dan menepati kehendak pelanggan.
– Memberikan perkhidmatan rawatan perubatan dan pendidikan yang berterusan kepada pesakit.
– Menitikberatkan disiplin kakitangan dari semua aspek tugasan dan perilaku di samping membentuk akitangan berilmu agar dapat melahirkan kakitangan yang berkualiti lagi dinamik kearah mempertingkatkan kualiti perkhidmatan organisasi.
– Mewujudkan hubungan baik dengan lain-lain agensi samada Kerajaan atau Swasta dalam mencapai konsep bersepadu.

VISI
Hospital Port Dickson akan wujud sebagai sebuah pusat rawatan perubatan yang cemerlang dalam semua aspek penjagaan kesihatan berorientasikan aspek keperluan dan kehendak semasa

MISI
Hospital Port Dickson telah menggariskan 9 misi utama iaitu :-

LAYANAN:
Memberikan layanan mesra berteraskan konsep Budaya penyayang kepada setiap pesakit

RAWATAN MUKTAKHIR:    
Memberikan kepuasan optima supaya pesakit kembali kepada kehidupan yang Sihat dan Proaktif.

LATIHAN:
Memberikan latihan secara professional dan berterusan.

KOMITMEN:    
Melahirkan sikap kerja berpasukan yang berkonsepkan nilai-nilai murni.

KESELESAAN:    
Berusaha menyediakan tempat danpersekitaraan yang selesa lagi menggembirakan/menyenangkan/menyeronokan.

PERKHIDMATAN:
Sentiasa prihatin ke arah peningkatan kualiti perkhidmatan dari masa ke semasa.

ALAT PERUBATAN:
Berusaha mencapai penggunaan teknologi terkini.

PENYELIDIKAN:
Sebagai pemangkin ke arah memantapkan lagi perkhidmatan dan rawatan sedia ada.

KREATIF:    
Berusaha melahirkan anggota kerja yang kreatif dan berinovatif dalam semua segi samada perkhidmatan atau rawatan perubatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *