Pahang – Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS)

Hospital Bentong (HSPBEN)Hospital JengkaHospital Jerantut (HJERANTUT)Hospital Kuala LipisHospital Muadzam ShahHospital PekanHospital RaubHospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS)Hospital Sultan Hj Ahmad Shah (HOSHAS)Hospital Sultanah Hajjah KalsomHospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)

Pahang – Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS)

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,
Jalan Maran,
28000 Temerloh
Pahang Darul Makmur

infohoshas@phg.moh.gov.my
Tel: +609-295 5333 / +609-297 2468      
http://hoshas.moh.gov.my

Pengenalan Hospital
Kedudukan Hospital Temerloh adalah di pertengahan Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuantan. Lokasinya di Mukim Perak dalam Daerah Temerloh. Dikelilingi taman yang menghijau  seluas 44 ekar yang menjadikan ianya menarik dipandang dan tersergam indah.

Pembinaannya dimulakan pada Jun 2002 dan tamat pada 15 Jan 2005 dalam tempoh 34 bulan. Kos pembinaan adalah sebanyak RM 480 juta. Hospital ini dibina bagi menggantikan Hospital Mentakab yang telah beroperasi hampir satu abad lamanya. Peranannya bukan sahaja kepada penduduk di daerah Temerloh malahan menjadi Hospital Rujukan bagi daerah Kuala Lipis ,Raub , Maran ,Bentong ,Jerantut dan Bera.

Perkhidmatan Hospital Temerloh  beroperasi secara berperingkat dari Mac 2005 dan sepenuhnya pada 16 April 2005.

Pada Isnin 27hb. Mac 2006 bersamaan 26 Safar 1427H perasmian  Hospital Temerloh  disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah.

Pada Majlis Perasmian ini Hospital Temerloh diberi penamaan semula sebagai  Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *