Perak – Hospital Batu Gajah (HBGJH)

Hospital Bahagia Ulu Kinta Hospital Batu Gajah (HBGJH)Hospital Changkat Melintang (HCM)Hospital GerikHospital Kampar (HKAMPAR)Hospital Kuala Kangsar (HKANGSAR)Hospital Parit Buntar (HPTAR)Hospital Selama (HSELAMA)Hospital Seri Manjung (HSMANJUNG)Hospital Slim River (HSR) Hospital Sungai Siput (HSGSIPUT)Hospital Taiping (HTAIPING)Hospital Tapah (HTAPAH)Hospital Teluk Intan (HTINTAN)

Perak – Hospital Batu Gajah (HBGJH)

Hospital Batu Gajah
Jalan Changkat
Batu Gajah, Perak
31000 Batu Gajah
Perak  
Tel: 05-3663333
Fax: 05-3663851
http://hbgjh.moh.gov.my
Jumlah Katil  160

Imbauan Sejarah

Hospital Batu Gajah telah dibina pada tahun 1880 oleh Kerajaan Penjajah Inggeris. Dahulunya ia merupakan hospital besar yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hospital Eropah atau Hospital Asia atau Melayu.

Hospital Eropah adalah terdiri dari Wad Kelas1 yang merawat pegawai Kerajaan Inggeris dan Eropah, Pengurus-pengurus estet dan Raja-raja Melayu manakala Hospital Asia yang terdiri daripada Wad Kelas 2 dan 3 adalah dikhaskan untuk merawat orang awam berketurunan Asia dan pegawai-pegawai kerajaan.

Hospital Batu Gajah yang berdiri kukuh diatas sebidang tanah seluas 55 ekar telah dibina diatas Bukit Changkat yang menghadap landskap hijau yang sangat menarik dan pada mulanya hospital ini ditadbir oleh pegawai-pegawai perubatan, penyelia, jururawat, dan ketua-ketua jururawat berbangsa Inggeris dan pegawai-pegawai perubatan berbangsa Asia, yang pertama bertugas di hospital ini adalah dari India dan Sri Lanka. Di antara tahun 1940-1941, orang-orang Jepun telah mengambil alih keseluruhan hospital-hospital di Tanah Melayu dan hospital ini pernah dijadikan tempat penyeksaan untuk tahanan wanita dan lelaki.

Pada tahun 1946 Jabatan X Ray telah dibina dan ini membantu Hospital Besar Batu Gajah membangun menjadi salah sebuah hospital terbaik negeri Perak. Selepas tahun 1946 ketua-ketua penjajah Inggeris telah mengambil alih semula hospital ini dan sebuah pusat latihan untuk Jururawat telah ditubuhkan pada tahun 1956. Pada tahun 1970 pula, sekumpulan doktor yang dilatih dari Kolej Perubatan King Edward VII Singapura telah dihantar bertugas di hospital ini.

Pada tahun 1976 Hospital Batu Gajah telah hilang taraf sebagai hospital besar selepas dan hospital batu gajah hanya digelar hospital daerah.

“Sejarah pendek ini telah diekstrak dari tulisan En Chye Kooi Loong dan bekas kakitangan Hospital Batu Gajah. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.”

VISI
Negara Menggembleng tenaga kearah yang lebih baik.

MISI
Misi Kementrian Kesihatan Malaysia adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

1. Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat :-
– mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
– menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
– mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

2. Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu :-
– mengutamakan pelanggan
– saksama
– tidak membebankan
– cekap
– wajar mengikut teknologi
– boleh disesuaikan mengikut persekitaran inovatif

3. dengan menekankan
– sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
– sifat menghormati maruah insan
– penglibatan masyarakat

OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan diagnostik, kuratif, pemulihan optima dan sentiasa berusaha untuk menambahbaikan perkhidmatan yang berterusan. Ini berdasarkan kepada garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia. Hospital Batu Gajah akan berusaha mencapai sekurang-kurangnya 80% tahap kepuasan pelanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *