Perak – Hospital Parit Buntar (HPTAR)

Hospital Bahagia Ulu Kinta Hospital Batu Gajah (HBGJH)Hospital Changkat Melintang (HCM)Hospital GerikHospital Kampar (HKAMPAR)Hospital Kuala Kangsar (HKANGSAR)Hospital Parit Buntar (HPTAR)Hospital Selama (HSELAMA)Hospital Seri Manjung (HSMANJUNG)Hospital Slim River (HSR) Hospital Sungai Siput (HSGSIPUT)Hospital Taiping (HTAIPING)Hospital Tapah (HTAPAH)Hospital Teluk Intan (HTINTAN)

Perak – Hospital Parit Buntar (HPTAR)

Hospital Parit Buntar
Jalan Sempadan
Parit Buntar, Perak
34200 Parit Buntar
Perak  
Tel: 05-7163333
Fax: 05-7169675
http://hptar.moh.gov.my/v4
Jumlah Katil: 120

SEJARAH HOSPITAL
Hospital Parit Buntar pada asalnya adalah sebuah bangunan Sekolah Methodist Parit Buntar. Ia telah dibina pada tahun 1925 dan kemudiannya digunakan sebagai hospital pada tahun 1931.

Pada permulaan operasi, Hospital Parit Buntar mempunyai beberapa buah bangunan sahaja. Bangunan tersebut telah dibina sebelum Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1925. Walau bagaimanapun ia telah dirobohkan oleh sebab kerosakan akibat angin ribut dan struktur bangunan yang telah uzur dan tidak selamat untuk digunakan. Kebanyakan bangunan ini mempunyai rekabentuk British.Hospital Parit Buntar terletak bersempadan Negeri Kedah dan Pulau Pinang. Keluasan kawasan hospital ini adalah seluas 60,720 kaki persegi manakala keluasan bangunan adalah seluas 28,327 kaki persegi.

Hospital ini mempunyai 120 buah katil dan mempunyai empat wad iaitu Wad Lelaki, Wad Perempuan, Wad Kanak-kanak dan Wad Bersalin.Hospital ini memberi perkhidmatan kepada 152,651 orang penduduk Daerah Kerian.

VISI
Negara Menggembeleng Tenaga Ke Arah Kesihatan Yang Lebih Baik

MISI
Untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
i. Memudahkan dan membolehkan rakyat:
* · – mencapai potensi dalam kesihatan
* · – menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
* · – mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan

ii. Memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
* · – mengutamakan pelanggan
* · – saksama
* · – tidak membebankan
* · – cekap
* · – boleh disesuaikan mengikut persekitaran
* · – inovatif

iii. Dengan menekankan:
* · – sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
* · – sifat menghormati maruah insan
* · – penglibatan masyarakat

OBJEKTIF
1. Memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang berkualiti dan mesra pelanggan
2. Meningkatkan kualiti kesihatan, pengetahuan serta kesedaran untuk mencapai kualiti hidup yang cemerlang
3. Menyediakan perkhidmatan sokongan yang efisien mengikut piawaian yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *