Perak – Hospital Seri Manjung (HSMANJUNG)

Hospital Bahagia Ulu Kinta Hospital Batu Gajah (HBGJH)Hospital Changkat Melintang (HCM)Hospital GerikHospital Kampar (HKAMPAR)Hospital Kuala Kangsar (HKANGSAR)Hospital Parit Buntar (HPTAR)Hospital Selama (HSELAMA)Hospital Seri Manjung (HSMANJUNG)Hospital Slim River (HSR) Hospital Sungai Siput (HSGSIPUT)Hospital Taiping (HTAIPING)Hospital Tapah (HTAPAH)Hospital Teluk Intan (HTINTAN)

Perak – Hospital Seri Manjung (HSMANJUNG)

Hospital Seri Manjung
Seri Manjung
32040 Seri Manjung
Perak  
Tel: 05-6881333
Fax: 05-6884013
http://hsmanjung.moh.gov.my
Jumlah Katil: 270

IMBASAN SEJARAH HOSPITAL SERI MANJUNG

Pada awalnya Hospital Lumut telah dibina dalam tahun 1928 di atas sebuah bukit berhampiran Pekan Lumut dengan keluasan keseluruhan sebanyak 20 ekar. Namun hanya 4 ekar sahaja digunakan untuk pembinaan bangunan hospital. Pembinaannya pada ketika itu mampu untuk menampung penduduk Manjung seramai 20,536 orang.
Dengan pembangunan pesat Daerah Manjung dan pembinaan Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM), Hospital Lumut tidak mampu lagi untuk menampung jumlah penduduk yang meningkat secara mendadak dari semasa ke semasa. Cadangan untuk membina sebuah hospital baru di daerah manjung telah mula dirancangdi dalam Rancangan Malaysia ke-5 lagi.

Cadangan ini dibuat memandangkan perlunya sebuah hospital baru yang serba lengkap serta dapat menyediakan perkhidmatan kepakaran yang tertentu, bersesuaian dengan pertumbuhan pesat Daerah Manjung bagi menggantikan Hospital Lumut yang agak usang.

Sebuah tapak baru seluas 46.088 ekar di Bandar Baru Seri Manjung telah dipilih menjadi lokasi hospital baru yang diperolehi dengan nilai RM 1 juta. Perlaksanaan projek ini telah dimulakan pada bulan Jun 1992 dengan majlis pecah tanah dan telah tamat pembinaannya pada 30hb November 1994. Pembinaan projek ini berkonsepkan secara Turkey. Jumlah keseluruhan pembiayaan kos pembinaan hospital Seri Manjung ini dengan kelengkapan peralatan telah menelan belanja sebanyak RM73.093 juta.Hospital mula beroperasi pada bulan Mac 1995 dengan pelbagai kemudahan perkhidmatan.

Visi Hospital Seri Manjung
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik

Misi Hospital Seri Manjung
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:-
1. Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
2. Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
3. Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi, iaitu:
1. Mengutamakan pelanggan
2. Saksama
3. Tidak membebankan
4. Cekap
5. Wajar mengikut teknologi
6. Boleh disesuaikan mengikuti persekitaran
7. Inovatif

dengan menekankan:
1. Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
2. Sifat menghormati maruah insan
3. Penglibatan masyarakat

OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan penentuan penyakit,perawatan dan pemulihan yang mudah diperoleh, bersesuaian, mencukupi, selesa, cekap, berkesan, dan bermutu tinggi supaya dapat menyelamatkan nyawa, mengurangkan penderitaan dan mencapai penyembuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *