Sabah – Hospital Keningau (HKGU)

Hospital Beaufort (HBEAUFORT)Hospital BeluranHospital Duchess Of Kent (HDOK)Hospital Keningau (HKGU)Hospital Kinabatangan (HKBTGN)Hospital Kota Belud (HKOTABELUD)Hospital Kota Marudu (HKM)Hospital Kuala Penyu (HSPKPYU)Hospital KudatHospital Kunak (HKNK)Hospital Lahad Datu (HLDU)Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP)Hospital Papar (HPAPAR)Hospital Pitas (HPITAS)Hospital Queen Elizabeth (QEH)Hospital Queen Elizabeth II (HQE2)Hospital Ranau (HRANAU)Hospital Semporna (HSPN)Hospital Sipitang (HSIPITANG)Hospital Tambunan (HTBN)Hospital Tawau (HTWU)Hospital Tenom (HTENOM)Hospital Tuaran (HTUARAN)Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS)

Sabah – Hospital Keningau (HKGU)

Hospital Keningau
Peti Surat 11
Keningau, Sabah
89007 Keningau
Sabah  
Tel: 087-313000
Fax: 087-331595
http://hkgu.moh.gov.my
Jumlah Katil: 212

IMBASAN SEJARAH HOSPITAL KENINGAU

Pada tahun 1942 semasa pemerintahan Jepun, Hospital Daerah Keningau memang sudah sedia wujud diperbuat daripada bambu siliu dan beratapkan kulit kayu kajang dibina diatas sebuah bukit kira-kira setengah batu dari Pekan Keningau.

Pada masa itu seorang “Dresser” yang dikatakan menguasai dan mengubati pesakit yang mendapatkan bekalan ubat dari Jesselton diangkut oleh keretapi ke Melalap Tenom. Ia kemudian dibawa dengan mengunakan kuda. Penyakit Tuberculosis / Smallpox adalah pembunuh utama pada masa itu disebabkan pelalian belum diimplimentasi dan tabiat minum tapai dikalangan penduduk kampung dan pendidikan kesihatan tiada diperolehi.

Pada tahun 1947 dalam pemerintahan British seorang bidan atau jururawat terlatih yang berketurunan British Ms Bates yang melatih wanita-wanita yang meminati untuk menjadi bidan midwives atau assistant nurse dalam kerajaan. Pada masa itu gaji yang ditawarkan hanya dengan 15 dollar sebulan. Bidan mengadakan lawatan kerumah membidankan kelahiran berjalan kaki atau dengan mengunakan basikal. Dresser mengangkut ubat-ubat ke Sepulut Pensiangan dengan kuda dan sampan.

Pada awal tahun 1950 Dr James seorang doktor berketurunan Inggeris yang pertama mengubahsuai cara perubatan dan persekitaran yang lama kepada yang baru. Beliau telah berbincang dengan Medical Superitendent Mr Chaplin di Ibupejabat Medical Head Office di Jesselton mengenai dengan Hospital yang usang dan memerlukan pengubahsuaian. Dengan cuaca iklimnya yang sejuk, suasana yang permai dan menarik Cottage Hospital Keningau pun dibina oleh Kontraktor Cina dan dibiayai oleh Standard Bristish Company pada awal Tahun 1956. Cottage Hospital Keningau kini dipanggil Hospital Daerah Keningau telah dilancarkan pada 13 May 1957 oleh Governor Of North Borneo Mr R.N.Turner. Hospital ini mempunyai 4 teres bangunan dilengkapi dengan 150 buah katil – termasuk 2 unit kelas satu dan 1 cell bagi penempatan pesakit jiwa yang agresif.

Penjaga Perubatan yang pertama ialah Dr James dan beliau juga menguasai Kesihatan Kawasan Keningau. Perkhidmatan ambulan juga terdapat walaupun pergerakan ambulan hanya sampai ke Melalap Tenom untuk penghantaran pesakit kecemasan yang dibawa oleh railcar ke Tanjung Aru dan seterusnya Ke Queen Elizabeth Hospital. Pada masa itu juga ramai assistant nurse atau dresser dihantar untuk menjalani kursus atau training di Queen Elizabeth Hospital dan Duchess of Kent Sandakan. Pada bulan September 1958, Dr.James telah menamatkan kontraknya diHospital Daerah Keningau dan beliau digantikan oleh Dr John Graves. Kakitangan Jururawat dan Hospital Assistant telah banyak menimba pengalaman dari segi praktikal pada masa itu kerana ramai pesakit dan kekurangan tenaga doktor.

Pemberian bius dikendalikan oleh H.A (Hospital Assistant) yang berpengalaman. Jururawat dan H.A mengendalikan rawatan pesakit dalam dan luar kecuali kes komplikasi akan dirujuk kepada doktor. Hospital Keningau telah mula beroperasi dari 13 Mei 1957 sebagai sebuah ‘Cottage Hospital’ yang dibina pada sebuah bukit dengan keluasan 8.41 hektar.

Di bawah Rancangan Malaysia No: 8 (Turnkey Project) dengan kos RM198.8 juta sebuah hospital baru dibina mendapat Sijil Praktikal Siap pada Mei 31, 2003 Pengurusan Hospital telah berpindah ke bangunan baru pada 9 Februari, 2004. Hospital Keningau yang terletak kira-kira 5 km dari bandar Keningau dan lebih kurang 130 km dari Kota Kinabalu melalui jalanraya.

Hospital Keningau dilengkapi dengan 212 katil dan merupakan hospital pusat rujukan bagi hospital-hospital lain seperti Hospital Daerah Tambunan, Tenom, Nabawan  dan Klinik Kesihatan yang berdekatan.

OBJEKTIF HOSPITAL KENINGAU

Hospital Keningau sentiasa mengamalkan perkhidmatan rawatan yang berkualiti melalui :-

– Pengiktirafan akreditasi
– Latihan dan bengkel berterusan kepada warga kerja Hospital

Aktiviti promosi kesihatan

Pengwujudan suasana kerja yang harmonis dan persekitaran kerja yang selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *