Hospital Bau (HBAU) • Hospital Betong • Hospital Bintulu (BHTU) • Hospital Dalat • Hospital Daro (HDARO) • Hospital Kanowit (HKANOWIT) • Hospital Kapit (HKAPIT) • Hospital Lawas • Hospital Limbang (HLIMBANG) • Hospital Lundu • Hospital Marudi • Hospital Miri (HMIRI) • Hospital Mukah • Hospital Rajah Charles Brooke Memorial • Hospital Saratok • Hospital Sarikei (HSARIKEI) • Hospital Sentosa • Hospital Serian • Hospital Sibu (HSIBU) • Hospital Simunjan • Hospital Sri Aman (HSA) • Hospital Umum Kuching (HUS)
Sarawak – Hospital Kanowit (HKANOWIT)
Hospital Kanowit
Jalan Kanowit Durin
Kanowit, Sarawak
96700 Kanowit
Sarawak
Tel: 084-752333
Fax: 084-752682
http://hkanowit.moh.gov.my
Jumlah Katil: 100
Pengenalan Jabatan
Daerah Kanowit, Sarawak
Daerah Kanowit terletak di pinggir sungai terpanjang di negeri Sarawak iaitu Sungai Batang Rajang. Daerah Kanowit boleh dihubungi melalui jalan darat dan juga sungai. Sungai aktif digunakan terutamanya bagi penduduk yang tinggal di pendalaman yang sering berurusniaga hasil cucuk tanaman mereka.
Hospital Kanowit telah dibina pada 1982 dan mula beroperasi pada 16.2.1984
Pada tahun tersebut,hospital Kanowit hanya mempunyai 182 staf.
Hospital Kanowit menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk-penduduk yang tinggal
di sekitar kawasan pendalaman, rumah-rumah panjang dan juga perkampungan yang mana termasuk
di dalam kawasan operasi Hospital Kanowit.
Hospital Kanowit turut menerima kes-kes yang dirujuk dari klinik-klinik dan juga pusat-pusat kesihatan berdekatan.Secara umumnya diagnosa dan perawatan awal dari segi ubat-ubatan di kendalikan oleh Pegawai Perubatan.Bagi kes-kes yang memerlukan rawatan pakar akan di rujuk kepada Hospital Sibu dan Hospital Umum Sarawak.
MISI
Memberi perkhidmatan yang berkualiti dengan menerapkan nilai-nilai perkhidmatan yang penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisma untuk memenuhi keperluan pelanggan.
VISI
Hospital Kanowit akan menjadi sebuah pusat rawatan yang berkualiti dengan anggota kakitangan yang bertanggungjawab serta komited dalam melakukan tugas.
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan perubatan yang cekap, berkesan dan saksama kepada semua pelanggan dengan memberikan penekanan kepada kualiti, inovasi dan promosi kesihatan yang menggalakkan penyertaan individu dan masyarakat ke arah warganegara yang sihat.