Sarawak – Hospital Limbang (HLIMBANG)

Hospital Bau (HBAU)Hospital BetongHospital Bintulu (BHTU)Hospital DalatHospital Daro (HDARO)Hospital Kanowit (HKANOWIT)Hospital Kapit (HKAPIT)Hospital LawasHospital Limbang (HLIMBANG)Hospital LunduHospital MarudiHospital Miri (HMIRI)Hospital MukahHospital Rajah Charles Brooke MemorialHospital SaratokHospital Sarikei (HSARIKEI)Hospital SentosaHospital SerianHospital Sibu (HSIBU)Hospital SimunjanHospital Sri Aman (HSA)Hospital Umum Kuching (HUS)

Sarawak – Hospital Limbang (HLIMBANG)

Hospital Limbang
Jalan Pandaruan
Limbang, Sarawak
98700 Limbang
Sarawak  
Tel: 085-211200
Fax: 085-213294
http://hlimbang.moh.gov.my
Jumlah Katil: 100

SEJARAH HOSPITAL LIMBANG
Hospital Limbang yang lama terletak dibandar Limbang yang kini digunakan sebagai Makmal Ubat dan Stor BahagianLimbang. Ia ditubuhkan pada 18 Ogos 1961 dengan 16 orang jururawatdan 10 attendan dengan 54 buah katil.

Sejajar dengan pertambahan penduduk dan pembangunan Bandar Limbang,Hospital Limbang yang baru telah dibuka dengan rasminya pada 29 Jun 1980 olehTYT Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Hj MuhammadSalahuddin . Kos pembinaan sebanyak RM 4.912 juta dengan keluasan sebanyak 7.8hektar.

Kini 2013, kekuatan staf seramai 260 orang termasuk 7 orang Pegawai Perubatan, 1 orang Pakar Puan dan 1 orang Pakar Kanak-Kanak.

VISI
Hospital Limbang akan menjadi sebuah pusat rawatan yang berkualiti dan antara yang terbaik di Sarawak

MISI
Matlamat Hospital Limbang ialah menyediakan kemudahan perubatan serta pendidikan kesihatan secara berterusan untuk segenap lapisan masyarakat, oleh kakitangan yang berkemahiran dan beretika, demi mencapai taraf Kesihatan dan kehidupan yang lebih bermutu.

MOTTO
Kualiti adalah suatu asset, perkhidmatan adalah kewajiban kami mementingkan kedua-duannya.

OBJEKTIF
– Melahirkan kakitangan yang cekap dalam bidang masing-masing dan sentiasa bekerjasama sebagai satu pasukan selaras dengan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.
– Memastikan semua lapisan masyarakat memperolehi perkhidmatan perubatan paling optima daripada kakitangan terlatih secara adil tanpa mengira status sosial, adat resam dan kepercayaan.
– Mewujudkan persekitaran bekerja yang selesa dan selamat serta mengamalkan polisi dan peraturan yang mesra pelanggan
– Berusaha menyediakan kemudahan dan peralatan perubatan yang terkini untuk membantu dalam proses membuat diagnosis dan rawatan pesakit sesuai dengan kemajuan teknologi perubatan.
– Bekerjasama dengan Jabatan Kerajaan, Agensi Swasta, Pertubuhan mahupun Badan Bukan Kerajaan dalam aktiviti amal (charity work), kempen kesihatan serta proses rawatan demi meningkatkan kesedaran serta taraf kesihatan masyarakat setempat.
– Merujuk pesakit kepada pakar yang berkaitan untuk rawatan lanjut samada secara rujukan terus bagi kes kritikal atau secara temujanji bagi kes stabil.
– Menyediakan perkhidmatan sebelum dan selepas rawatan untuk pesakit (seperti perkhidmatan ambulans, rehabilitasi/fisioterapi dan perkhidmatan rekod perubatan serta kenderaan jenazah) untuk mengurangkan kesulitan yang dihadapi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *