Hospital Bau (HBAU) • Hospital Betong • Hospital Bintulu (BHTU) • Hospital Dalat • Hospital Daro (HDARO) • Hospital Kanowit (HKANOWIT) • Hospital Kapit (HKAPIT) • Hospital Lawas • Hospital Limbang (HLIMBANG) • Hospital Lundu • Hospital Marudi • Hospital Miri (HMIRI) • Hospital Mukah • Hospital Rajah Charles Brooke Memorial • Hospital Saratok • Hospital Sarikei (HSARIKEI) • Hospital Sentosa • Hospital Serian • Hospital Sibu (HSIBU) • Hospital Simunjan • Hospital Sri Aman (HSA) • Hospital Umum Kuching (HUS)
Sarawak – Hospital Sibu (HSIBU)
Hospital Sibu
Batu 5 ½, Jalan Ulu Oya
Sibu, Sarawak
96000 Sibu
Sarawak
Tel: 084-343333
Fax: 084-337354
http://hsibu.moh.gov.my
Jumlah Katil: 555
Mengenai Kami
Hospital Sibu merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Sarawak, Malaysia . Hospital Sibu merupakan hospital kedua terbesar di negeri Sarawak, Malaysia serta merupakan hospital utama dan rujukan bagi Wilayah Tengah di Sarawak, Malaysia. Justeru, ia berkhidmat sebagai hospital rujukan bagi Hospital Daerah sepanjang lembah Rejang dan juga di Mukah, Saratok dan Bintulu.
Hospital Sibu mula beroperasi pada 1994. Sebelumnya, keperluan perubatan bagi bandar Sibu dikendalikan oleh Hospital Lau King Howe di kawasan bandar. Walau bagaimanapun, kepesatan perkembangan pertumbuhan penduduk di Sibu menjadikan hospital lama terlalu kecil ditampung. Memandangkan hal ini, dan juga bagi memenuhi keperluan untuk hospital yang lebih lengkap kelengkapannya yang boleh bertindak sebagai pusat rujukan bagi Wilayah Tengah Sarawak, Kerajaan Persekutuan Malaysia memulakan pembinaan bagi hospital yang ada masa kini.
Misi bagi Hospital Sibu adalah bagi memberikan perkhidmatan berkualiti dengan penekanan pada nilai penyayang, berpasukan dan profesionalism bagi memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggannya. Ini adalah selaras dengan visi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Visi & Misi
OBJEKTIF
Untuk memberikan perkhidmatan perubatan yang cekap, efektif, berkemampuan dan saksama kepada semua pelanggan berdasarkan kepakaran serta teknologi yang bersesuaian dengan memberi penekanan kepada kualiti, inovasi, promosi kesihatan serta menggalakkan penyertaan individu dan masyarakat ke arah merealisasikan wawasan Negara untuk mencapai tahap kesihatan yang tinggi.
MISI
Melaksanakan perkhidmatan yang berkualiti dengan berteraskan ciri-ciri perkhidmatan penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisme untuk memenuhi keperluan serta ekspektasi pelanggan.
WAWASAN
Mencapai taraf sebagai pusat perkhidmatan perubatan yang unggul.
SLOGAN
“Perkhidmatan Berkualiti Masyarakat Sihat”
MOTTO
“Perkhidmatan berkualiti amalan bersama”