Hospital Bau (HBAU) • Hospital Betong • Hospital Bintulu (BHTU) • Hospital Dalat • Hospital Daro (HDARO) • Hospital Kanowit (HKANOWIT) • Hospital Kapit (HKAPIT) • Hospital Lawas • Hospital Limbang (HLIMBANG) • Hospital Lundu • Hospital Marudi • Hospital Miri (HMIRI) • Hospital Mukah • Hospital Rajah Charles Brooke Memorial • Hospital Saratok • Hospital Sarikei (HSARIKEI) • Hospital Sentosa • Hospital Serian • Hospital Sibu (HSIBU) • Hospital Simunjan • Hospital Sri Aman (HSA) • Hospital Umum Kuching (HUS)
Sarawak – Hospital Umum Kuching (HUS)
Hospital Umum Kuching
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
Kuching, Sarawak
93586 Kuching
Sarawak
Tel: 082-276666
Fax: 082-242751
http://hus.moh.gov.my
Jumlah Katil: 765
Latar Belakang Hospital Umum Sarawak, Kuching
Hospital Umum Sarawak telah wujud di negeri Sarawak pada tahun 1870 walaupun tidak terdapat banyak maklumat mengenainya. Hanya pada 1910 terdapat rekod bertulis mengenai hospital ini. Berdasarkan rekod yang ada hospital ini terletak di tapak Penjara Kuching sekarang dan seramai 920 jumlah pesakit yang dimasukkan di hospital itu pada tahun 1910. Pada tahun 1925, hospital baru telah dibina di tapak sekarang iaitu di Jalan Tun Abang Haji Openg dan mula beroperasi pada tahun 1931.
Selepas perang dunia kedua, hospital ini tidak lagi mampu menampung keperluan yang meningkat. Pada tahun 1957, cadangan untuk membina hospital baru dan moden telah diutarakan. Pembinaan hospital baru ini dirancang dalam 2 fasa. Fasa I melibatkan pembinaan Blok Utama (8 tingkat), merangkumi bahagian bawah, tingkat pertama, kedua dan ketiga. Di sebelah timur pula pembinaan merangkumi tingkat empat, lima, tujuh dan lapan. Pembinaan Unit Kecemasan turut dimasukkan di dalam Fasa I ini. Fasa II melibatkan pembinaan untuk melengkapkan satu tingkat di sebelah timur dan 5 tingkat di sebelah barat Blok Utama.
Peruntukan sebanyak RM13,500,000 telah diagihkan daripada Rancangan Pembangunan 1964-1968 dan kos konsultansi dan penyeliaan sebanyak RM8,242,422 telah dibayar oleh kerajaan Australia di bawah Rancangan Colombo. Kerja pembinaan Fasa I telah bermula pada 1965, dan ianya berjaya disiapkan pada Mei 1970. Kos keseluruhan projek tersebut telah meningkat kepada RM17,786, 294. Kerajaan Pusat telah menanggung kos sebanyak RM17,289,307 dan selebihnya ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Pembinaan Fasa II bermula pada September 1970 dan berjaya disiapkan pada tahun 1972. Hospital baru ini mampu menampung sebanyak 582 buah katil dan mempunyai pelbagai kemudahan moden.
Visi
Menuju ke arah menjadi hospital yang berkualiti, komprehensif dan bersepadu dalam penjagaan pesakit. Membangun sebagai pusat kecemerlangan serta menyumbang kepada keunggulan kemajuan perubatan dan pendidikan. Menyediakan segala keperluan perkhidmatan kesihatan untuk semua penduduk dari penjagaan primer ke peringkat pengkhususan tertier
Misi
Hospital Umum Sarawak beriltizam untuk menyediakan penjagaan kesihatan profesional terbaik kepada semua pesakit, dengan standard dan etika profesional yang tertinggi
Moto
?Penjagaan pesakit yang berkualiti dengan keprihatinan?
(Quality patient care with personal touch)