Selangor – Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB)

Hospital Ampang (HAMPG)Hospital BantingHospital Kajang (HKJG)Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB)Hospital Orang Asli GombakHospital Selayang (HSELAYANG)Hospital Serdang (HSERDANG)Hospital Sungai Buloh (HSGBULOH)Hospital Tanjung Karang (HTGKARANG)Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ)Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)Pusat Kawalan Kusta Negara

Selangor – Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB)

Hospital Kuala Kubu Bharu
Jalan Hospital
Kuala Kubu Bharu, Selangor
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor  
Tel: 03-60641333
Fax: 03- 60643039
http://hkkb.moh.gov.my
Jumlah Katil: 150

Sejarah Hospital Kuala Kubu Bharu

Hospital Kuala Kubu Bharu dibina pada tahun 1936. Hospital ini dipindahkan ke tempat baru selepas pekan yang lama musnah akibat banjir. Pada masa itu, hospital ini memberi perkhidmatan kepada askar British, pekerja lombong timah dan pekerja estet disekitar kawasan Kuala Kubu Bharu. Pada peringkat awalnya, hospital ini terdiri daripada 4 buah wad, sebuah bangunan Pentadbiran / Jabatan Pesakit Luar dan Dewan Bedah. Luas kawasan hospital ini adalah 37 ekar dan kawasan yang dibangunkan adalah lebih kurang 16 ekar.

Tahun – Pembangunan Hospital
1936 – Bangunan hospital dibina
1961 – Sebuah bangunan Wad Tibi 2 tingkat dibina
1963 – Bangunan Wad Bersalin dibina
1965 – Bangunan Pentadbiran disambung bagi menempatkan Jabatan Pesakit Luar dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan
1982 – Bangunan Dewan Bedah dan Makmal Perubatan dibina
1985 – Stor bagi bahan mudah terbakar dibina
1986 – Bangunan Dispensari disambung
1988 – Jabatan Kemalangan dan Kecemasan diubahsuai
1989 – Stor Perubatan (Non Drug) dibina
1991 – Stor Perubatan dan Pejabat Pentadbiran Unit Farmasi dibina
1994 – Pembukaan Jabatan Pesakit Luar yang baru dan Klinik Pakar
2001 – Pembinaan Unit Fisioterapi
2004 – Pembinaan Unit Haemodialisis
2009 – Penyubahsuaian Unit Sajian
2009 – Pembinaan Unit Forensik baru
2010 – Pembinaan tambahan Unit Haemodialisis
2010 – Naiktaraf Unit Farmasi
2010 – Pembinaan Bilik Penyelia Jururawat

Misi Hospital Kuala Kubu Bharu
Menggalakkan dan meningkatkan taraf kesihatan masyarakat Daerah Hulu Selangor melalui perkhidmatan rawatan pesakit yang adil dan saksama, mampu diperolehi, efesyen, menggunakan teknologi yang bersesuaian dan berupaya berubah mengikut masa dan persekitaran serta mesra pelanggan.

Visi Hospital Kuala Kubu Bharu
Ke arah masyarakat sihat melalui sistem perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap, prihatin, mesra, berkesan, seimbang dan mampu dinikmati oleh semua peringkat masyarakat.

Objektif Hospital Kuala Kubu Bharu
Sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru Hospital Kuala Kubu Bharu mempunyai objektif-objektif seperti :-

– menyediakan perkhidmatan pengesahan, perawatan dan pemulihan kepada pesakit-pesakit yang memerlukannya untuk menyelamatkan nyawa dan komplikasi kesihatan bagi mencapai pemulihan yang awal dan maksima.
– memperbaiki dan meninggikan taraf kesihatan rakyat dan memberikan perkhidmatan perawatan, pencegahan dan pemulihan yang berkesan.
– menyediakan latihan yang mencukupi dan bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan dan tenaga profesional semasa akan datang bagi program perawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *