Selangor – Hospital Serdang (HSERDANG)

Hospital Ampang (HAMPG)Hospital BantingHospital Kajang (HKJG)Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB)Hospital Orang Asli GombakHospital Selayang (HSELAYANG)Hospital Serdang (HSERDANG)Hospital Sungai Buloh (HSGBULOH)Hospital Tanjung Karang (HTGKARANG)Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ)Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)Pusat Kawalan Kusta Negara

Selangor – Hospital Serdang (HSERDANG)

Hospital Serdang
Jalan Puchong
Kajang, Selangor
43000 Kajang
Selangor  
Tel: 03-89475555
Fax: 03-89475050
http://hserdang.moh.gov.my
Jumlah Katil: 644

Latar Belakang
Hospital Serdang terletak di Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan. Lokasinya bersempadanan dengan South Kajang Valley Expressway (SKVE) di sebelah timur dan Fakulti Perubatan UPM di sebelah barat. Pembinaan hospital ini adalah untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada lebih kurang 570,000 penduduk di kawasan Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi.

Hospital Serdang merupakan hospital kerajaan yang beroperasi berkonsepkan persekitaran teknologi maklumat iaitu ‘Sistem Maklumat Hospital Bersepadu’ (THIS). Disamping itu, ia adalah sebuah hospital rujukan yang mempunyai 620 katil yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang terkini serta ia mengandungi ‘Specialist Secondary Unit dan Tertiary Levels of Care’. Hospital ini selain daripada memberi khidmat perubatan dan rawatan mengikut keperluan semasa untuk pesakit dalaman dan luaran, ia juga merupakan ‘teaching hospital’ bagi pelajar perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Visi
Hospital Serdang akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan menerusi integrasi penjagaan kesihatan, perkongsian bijak dan kepuasan perkhidmatan yang kami berikan.

Misi
Memberi tahap perkhidmatan yang terbaik menerusi tumpuan dan pasukan yang penyayang dengan kemudahan teknologi yang canggih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *