Hospital Ampang (HAMPG) • Hospital Banting • Hospital Kajang (HKJG) • Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) • Hospital Orang Asli Gombak • Hospital Selayang (HSELAYANG) • Hospital Serdang (HSERDANG) • Hospital Sungai Buloh (HSGBULOH) • Hospital Tanjung Karang (HTGKARANG) • Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) • Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) • Pusat Kawalan Kusta Negara
Selangor – Hospital Sungai Buloh (HSGBULOH)
Hospital Sungai Buloh
Jalan Hospital
Sungai Buluh, Selangor
47000 Sungai Buluh
Selangor:
Tel: 03-61454333
Fax: 03-61454222
http://hsgbuloh.moh.gov.my
Jumlah Katil: 620
Latarbelakang
Hospital Sungai Buloh terletak kira-kira 25km daripada Bandaraya Kuala Lumpur di Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor. Pada tahun 1999, projek pembangunan Hospital Sungai Buloh baru ini (seluas 130 ekar) telah dimulakan bagi menampung keperluan populasi yang kian meningkat dan sesak disekitar kawasan ini dan juga untuk mengurangkan kebanjiran pesakit di Hospital Kuala Lumpur.
Hospital baru ini mempunyai 620 katil, dan akan memberi pelbagai perkhidmatan perubatan secara perkhidmatan secondari dan perkhidmatan tertiari.
Hospital Sungai Buloh telah dikenal pasti sebagai pusat kecemerlangan (‘centre of excellence’) bagi;
– Penyakit Berjangkit
– Kecemasan dan Trauma
– Pembedahan Neuro
– Pembedahan Maxillo-Fasial
– Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran
– Ortopedik dan Traumatologi
Kawasan liputan perkhidmatan hospital ini adalah daerah Gombak, daerah Petaling dan Daerah Kuala Selangor di mana populasi di ketiga-tiga kawasan ini merangkumi 40% daripada jumlah keseluruhan populasi di Negeri Selangor iaitu lebih kurang 2.18 juta penduduk.
Objektif
– Untuk menjadi pusat rujukan cemerlang dalam bidang kesihatan dan perubatan melalui penyampaian perkhidmatan yang selamat dan memenuhi keperluan pelanggan di negara dan di rantau ini.
– Memberi layanan dan hospitaliti yang terbaik kepada pelanggan hospital melalui pengwujudan dan persekitaran yang selesa dan selamat.
– Meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan melalui penerapan budaya korporat dan penghayatan nilai-nilai murni di kalangan kakitangan semasa bertugas.
– Menyediakan pelbagai kemudahan dan perubatan yang sesuai dengan keperluan kesihatan komuniti selaras dengan kecanggihan teknologi semasa.
– Mengoptimumkan perkhidmatan melalui hubungan seramai yang erat dengan komuniti dan agensi yang berkaitan.
– Mempertingkat prestasi dan keilmuan kakitangan melalui pendidikan berterusan dan latihan yang komprehensif selari dengan kemajuan teknologi semasa dalam menjalankan tugas.
– Memastikan segala urusan / aktiviti hospital dilaksanakan dengan menggunakan teknologi maklumat yang terkini , cekap dan kos efektif.
– Menyediakan latihan dalam sub-bidang tertentu di negara ini
Visi
Kami akan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan bertumpukan pesakit melalui kecemerlangan dalam penyelidikan klinikal, latihan, pendidikan, inovasi dan teknologi bersesuaian oleh kakitangan yang prihatin, penyayang, komited dan profesional
Misi
Kami komited untuk :
– Menyampaikan perkhidmatan penjagaan pesakit yang holistik dengan menyediakan kemudahan prasarana terbaik, serta menjalinkan hubungan seramai dengan agensi berkaitan
– Menjadi pusat kecemerlangan dalam pengurusan perawatan penyakit berjangkit, trauma, bedah neuro serta penjagaan perubatan menyeluruh dengan penekanan kepada perkhidmatan rawatan harian
– Bekerja sebagai satu pasukan dalam perkongsian dengan komuniti untuk menggalakkan kesejahteraan kesihatan bersama
– Mengwujudkan budaya kerja di mana semua pelanggan dihargai dan dihormati
– Menyediakan satu suasana persekitaran yang selesa di semua peringkat untuk pembangunan profesional dan penyelidikan yang berterusan
– Menggunakan teknologi maklumat dalam semua penyampaian sistem perkhidmatan kesihatan dengan penuh efisien dan mesra pelanggan