Hospital Ampang (HAMPG) • Hospital Banting • Hospital Kajang (HKJG) • Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) • Hospital Orang Asli Gombak • Hospital Selayang (HSELAYANG) • Hospital Serdang (HSERDANG) • Hospital Sungai Buloh (HSGBULOH) • Hospital Tanjung Karang (HTGKARANG) • Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) • Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) • Pusat Kawalan Kusta Negara
Selangor – Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ)
Hospital Tengku Ampuan Jemaah
45200 Sabak Bernam
Sabak Bernam, Selangor
45200 Sabak Bernam
Selangor
Tel: 03-32163333
Fax: 03-32164333
http://htaj.moh.gov.my
Jumlah Katil: 93
Pengenalan dan Sejarah
Hospital Tengku Ampuan Jemaah mula dibina pada tahun 1983 di tapak seluas 50 ekar. Kos pembinaan adalah RM 37.53 Juta. Mula beroperasi pada 17 Oktober 1994. Dirasmikan pada 2 November 1998 oleH DYMM Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Perjuangan untuk mendapatkan hospital ini sejak tahun 1960’an.
Hospital ini adalah salah satu hospital yang dibina dibawah konsep hospital nukleus dan mempunyai jumlah katil sebanyak 93 buah.
Dihospital ini terdapat 4 wad dan juga Unit Pesakit Luar, Kecemasan dan lain-lain unit sokongan.Antara unit sokongan iaitu Unit Sajian, Unit Farmasi dan Bekalan, Unit Rehabiliti, Unit Hemodialisis, Unit Perkhidmatan, Unit Patologi, Unit Radiologi, Unit Rekod Perubatan dan Unit Latihan. Hospital tanpa pakar bagaimanapun memberi khidmat pakar lawatan dari Hospital Teluk Intan dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
Unit terbaru hospital ialah Unit Hemodialisis yang mula beroperasi pada tahun 2002 dan Unit Fisioterapi beroperasi sejak 2004.
MISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Misi Kementerian Kesihatan Malaysia ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat untuk:-
– Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka
– Menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai
– Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang bermutu
VISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperolehi, berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.
MISI HOSPITAL TENGKU AMPUAN JEMAAH
Ke arah meningkatkan liputan, mutu dan tahap rawatan kepada penduduk setempat sejajar dengan objektif kesihatan untuk semua.
VISI HOSPITAL TENGKU AMPUAN JEMAAH
Menjadi sebuah hospital yang menyediakan kemudahan rawatan perubatan yang menyeluruh dan berkualiti menepati ekspektasi penduduk sebuah negara membangun.