Hospital Besut (HBESUT) • Hospital Dungun • Hospital Hulu Terengganu • Hospital Kemaman (HKEMAMAN) • Hospital Setiu (HSETIU) • Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZKT)
Terengganu – Hospital Setiu (HSETIU)
Hospital Setiu
Bandar Permaisuri
Setiu, Terengganu
22100 Setiu
Terengganu
Tel: 09-6090333
Fax: 09-6090377
http://hsetiu.moh.gov.my
Jumlah Katil: 76
Pengenalan
Hospital Setiu mula dibina pada oktober tahun 2000 dalam Projek Rancangan Malaysia ke – 7, pembinaan dijalankan oleh syarikat Turnkey Project (HSS-KKM JV Sdn Bhd). Hospital ini mula diserahkan kepada KKM pada 24 Julai 2003 dengan bilangan katil sebanyak 76 katil. Hospital Setiu mempunyai keluasan 8.3 hektar dari 16.2 hektar luas kawasan Hospital, terletak di Kg Pak Kancil, Mukim Tasik , Bandar Permaisuri, Daerah Setiu. 2km dari Bandar Permaisuri ,72km dari Kuala Terengganu dan 40km dari Besut. Hospital Setiu juga menjadi pusat rujukan bagi 4 buah klinik kerajaan dan 13 buah klinik desa. Mata pencarian utama bagi Penduduk sekitar ialah berasaskan pertanian dan perikanan.
Visi, Misi & Objektif
VISI
Hospital Setiu sebagai sebuah hospital cemerlang yang berasaskan ICT dan mampu menyediakan perkhidmatan berkualiti secara berterusan.
MISI
Memberi perkhidmatan perubatan terbaik dengan menggunakan teknologi terkini bagi mewujudkan masyarakat yang sihat dan bermaklumat demi mencapai kepuasan pelanggan melalui budaya kerja penyayang, semangat kerja berpasukan dan nilai berprofesionalisme yang tinggi.
OBJEKTIF
Hospital Setiu adalah komited dalam memberikan perkhidmatan perawatan pesakit yang berkualiti dan sentiasa berusaha untuk penambahbaikan “Sistem Pengurusan Kualiti” bagi memenuhi kehendak pelanggan.