AI FM
Ai FM, RTM
Tingkat 4 Selatan, Wisma Radio,
Angkasapuri,
50614 Kuala Lumpur
Tel: 03-22887820
Fax: 03-22836319
爱FM的演变
马来西亚的中文电台原则上是在1946年第二次世界大战结束后就 开始回复运作,并有24小时运作的打算。1959年中文频道正式被取名为“翡翠频道 ” (Rancangan Hijau)并以现场直播的方式每天从上午六点半直到晚上11点。
经过 几番改革,翡翠频道终于在1989年改名为翡翠广播网(Rangkaian Hijau)。1993年为了配合RTM的新改革重整和统一,翡翠广播网便改换为“第5台”(Radio 5)。随着广播业的日益发达,从1995年的1月1号开始,第5台便正式以全天24小时现场广播,以配合RTM的宗旨――也就是娱乐性、资讯性和教育性。
在 庆祝马来西亚第41周年国庆庆典,RTM属下的电台,也包括第5台,需统一名称,因此改称“马来西亚第5频道”(Radio Malaysia Saluran Lima)简称(RMS 5)。2000年4月1日,在RTM的另一次大改革之下,第5频道最终还是被更换回“第5台”(R5)。
2005年4月1日,在部长的号召下RTM的所有电台进行改革,第5台命名为“Ai FM”。
Sejarah Radio TV Malaysia (RTM)
Radio Malaysia mula berkhidmat pada akhir tahun 1920. Ia diasaskan oleh sekumpulan orang yang sangat berminat dalam bidang penyiaran, yang sejurusnya menubuhkan Persatuan Penyiaran Malaysia
Persatuan Penyiaran pada masa itu menggunakan Pusat Telekom di Bukit Petaling sebagai pusat penyiaran, dengan membuat penyiaran melalui “medium wave”sebanyak 3 kali seminggu, 2 jam sekali. Pada tahun 1931, penyiaran disiarkan melalui “short wave” sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua, namun semasa jajahan Jepun di negara kita, cawangan radio ditubuhkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan lain-lain tempat. Dapat dilihat bahawa bidang penyiaran di negara kita mempunyai tapak yang kukuh sejak tahun 30-an.
Pada tahun 1934, kerja penyiaran mula tersebar ke Pulau Pinang. Semasa Jepun mengambil-alih Radio ZHJ, mereka mula membuat penyiaran dalam Bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan Dialek India, iaitu Tamil. Dengan cepatnya, Radio ZHJ Pulau Pinang mula membuat siaran luar, iaitu ke Negara Thai.
Pada tahun 1946, setelah pihak British meninggalkan negara kita, maka bermulalah jabatan penyiaran dalam pentadbiran kerajaan, di sinilah Radio Malaya mula ditubuhkan. Cawangan di Sarawak dan Sabah juga ditubuhkan masing-masing pada tahun 1954 dan 1955,tetapi tidak dikawal terus oleh kerajaan. Pusat utama radio ditetapkan di Kuala Lumpur. Pada tahun 1963 semasa Malaysia diisytiharkan merdeka, satu stesen radio yang membuat siaran luar telah ditubuhkan, iaitu Suara Malaya. Pada tahun yang sama, dengan pengabungan stesen radio Semenanjung Malaysia dengan stesen radio di Sabah, Sarawak dan Singapura, Radio TV Malaysia dirasmikan. Dalam masa yang singkat, bidang radio di Malaysia berkhidmat dengan giatnya, dan berupaya membuat penyiaran di seluruh Malaysia. Pada tahun 1968, pihak pentadbir pusat penyiaran ditetapkan di Angkasapuri, dan dirasmikan oleh Tungku Abdul Rahman. Pada bulan Mei tahun 1972, siaran radio mula dibuat dari Angkasapuri.
Perubahan Radio 5
Radio 5 sebenarnya telah ditubuhkan pada tahun 1946 selepas Perang Dunia Kedua dan merupakan satu-satunya stesen penyiaran radio Bahasa Cina bawah kawalan kerajaan yang merancang untuk mengadakan siaran radio 24 jam sehari. Pada tahun 1959 bahagian rancangan Cina yang dikenali sebagai Rancangan Hijau mengadakan siaran secara langsung dan masa penyiaran adalah dari pukul 6:30 pagi hingga 11 malam.
Pada tahun 1989, Rancangan Hijau ditukar menjadi Rangkaian Hijau. Pada tahun 1993 pentadbiran stesen radio disusun semula dan diklasifikasi mengikut bahasa, dan ini telah menyebabkan nama Rangkaian Hijau ditukarkan ke Radio 5. Pada 1 Januari 1995, Radio 5 mula beroperasi 24 jam sehari dan berusaha untuk merealisasikan matlamat RTM, iaitu hiburan, maklumat dan pendidikan.
Pada ulang tahin ke-41 kemerdekaan Malaysia, nama Radio 5 ditukar ke Radio Malaysia Saluran Lima (RMS 5). Bagaimanapun nama Radio Malaysia Saluran 5 ditukar balik kepada Radio 5 (R5) pada 1hb April 2000.
1.4.2005 Radio 5 diberi nama baru aiFM bawah proses penjenamaan baru .