Hospital Kota Tinggi (HKOTATINGGI) • Hospital Mersing (HMERSING) • Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) • Hospital Permai • Hospital Pontian (HPONTIAN) • Hospital Segamat (HSGM) • Hospital Sultan Ismail (HSI) • Hospital Sultanah Aminah (HSAJB) • Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) • Hospital Tangkak • Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim
Johor – Hospital Mersing (HMERSING)
Hospital Mersing
Jalan Ismail
Mersing, Johor
86800 Mersing
Johor
Tel: 07-7993333
Fax: 07-7994200
http://hmersing.moh.gov.my
Jumlah Katil 55
SEJARAH
Hospital Mersing merupakan Hospital Daerah Tanpa Pakar.Keluasan kawasannya adalah lebih kurang 23 ekar dan hanya 40% sahaja terdiri daripada bangunan-bangunan dan infrastruktur.
Ia mempunyai kapasiti katil sebanyak 55 buah.
Terdapat 10 aktiviti utama iaitu :-
1. Unit Pentadbiran Hospital
2. Unit Rekod Perubatan
3. Unit Pesakit Luar
4. Unit Pesakit Dalam
5. Unit Haemodyliasis
6. Unit Radiologi
7. Unit Makmal
8. Unit Fisioterapi
9. Unit Farmasi & Bekalan
10.Unit Sajian
11.Unit Kerja Sosial Perubatan
Hospital Mersing mula dibina pada tahun 1917 dan dikenali sebagai ?Rumah Sakit Mersing?. Bangunan asalnya adalah Bangunan Pentadbiran Pejabat Kesihatan sekarang. Ia terdiri daripada unit pentadbiran, unit makmal, farmasi, operator dan kecemasan.Bangunan-bangunan lain adalah wad 3, cell, wad bersalin, bilik ketua jururawat dan stor.Pada tahun 1925, wad untuk pesakit TB telah dibina bersama dengan makmal kaji penyakit.
Pada tahun 1932, dua wad lagi telah dibina iaitu wad 5 dan wad 6.Pada tahun 1941 sebuah wad TB khas untuk pesakit lelaki telah dibina iaitu sekarang ini adalah unit Haemodyliasis.Dalam tahun 1950-an kuarters hospital telah dibina.Pada tahun 1960-an, bangunan wad 4 dan asrama telah dibina.Bangunan poliklinik dan stor perubatan telah dibina pada tahun 1979.Pada tahun 1996 bangunan kafetaria telah dibina.Pada tahun 2000, pejabat pentadbiran yang baru telah dibina bersama-sama pembinaan wad paediatrik dan mula diserahkan pada tahun 2002.
VISI HOSPITAL MERSING
Hospital Mersing akan menjadi sebuah organisasi yang disenangi pelanggan bila mana setiap anggota menghayati dan sentiasa mengamalkan Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia yang luhur iaitu :-
– Perkhidmatan Penyayang
– Kerja Berpasukan
– Profesionalisme
OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan perubatan asas seperti perkhidmatan penentuan penyakit, perawatan dan pemulihan yang bermutu tinggi dengan cekap & berkesan kepada pesakit luar dan pesakit dalam yang memerlukan rawatan untuk menyelamatkan nyawa dan menghilangkan kesakitan bagi mencapai pemulihan awal dan maksima.