Johor – Hospital Segamat (HSGM)

Hospital Kota Tinggi (HKOTATINGGI)Hospital Mersing (HMERSING)Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF)Hospital PermaiHospital Pontian (HPONTIAN)Hospital Segamat (HSGM)Hospital Sultan Ismail (HSI)Hospital Sultanah Aminah (HSAJB)Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI)Hospital TangkakHospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim

Johor – Hospital Segamat (HSGM)

Hospital Segamat
KM 6 Jalan Genuang,
Segamat, Johor
85000 Segamat
Johor  
Tel: 07-9433333
Fax: 07-9434641
http://hsgm.moh.gov.my
Jumlah Katil  314

SEJARAH SEGAMAT

Perkataan segamat dipercayai berasal dari perkataan ‘Segar’ dan ‘amat’ yang bermaksud sangat segar. Ia dikaitkan dengan peristiwa Sultan Ahmad dan pengikutnya yang telah melarikan diri dari Melaka. Pada satu hari, Sultan Ahmad telah kembali ke Johor dan ketika dalam perjalanannya, baginda berhenti berehat berhampiran dengan sebatang sungai yang jernih airnya. Selepas meminum air sungai tersebut, Sultan Ahmad dan Bendahara Tun Tepuk berkata “Ya segar amat”. Dari perkataan tersebut maka lahir lah perkataan segamat (segar + amat).

segamat merupakan daerah paling tua di negeri Johor dengan  keluasan  2851.26 Sq.Km yang kaya dengan kisah sejarah sehingga ia digelar “Daerah Lagenda “. Segamat pada asalnya adalah sebahagian daripada Negeri Sembilan. Ia berada di bawah pemerintahan Martin Lister, Residen British (1895-1897). Pada tahun 1901 ia dibawah pentadbiran kerajaan Negeri Johor.

Aktiviti ekonomi utama penduduk daerah Segamat adalah pertanian yang lebih kepada tanaman pokok getah. Ia merupakan ladang getah terbesar di negeri Johor.

LATAR BELAKANG HOSPITAL

Hospital Segamat ini yang terletak 6 kilometer dari Pusat Bandar Segamat merupakan sebuah hospital berkonsepkan nucleus menggantikan hospital lama yang berusia 76 tahun. Konsep Nukleus ini diilhamkan oleh Jabatan Kesihatan United Kingdom dan diubahsuai mengikut kesesuaian keadaan di Malaysia. Mula dibina di dalam Rancangan Malaysia ke Enam pada tahun 1992 dan beroperasi pada 27 Mac 1995 di mana ia merupakan sebuah hospital yang mempunyai perkhidmatan kepakaran basik. Ia mempunyai keluasan tapak 60 ekar dengan kos pembinaan sebanyak RM 91.4 juta.

Hospital Segamat beroperasi dengan kapasiti 314 buah katil. Perkhidmatan meliputi Daerah Segamat, Gemas dan sebahagian selatan Negeri Pahang.

SEJARAH PENUBUHAN
Hospital Daerah Segamat yang pertama terletak berhampiran dengan stesen Keretapi Bandar Segamat iaitu di jalan besar ke Muar. Kawasannya seluas 15 ekar dan dibina pada tahun 1920. Wad pertama diwujudkan semasa itu ialah wad Tibi kemudian pada tahun 1922 sebuah wad lagi telah dibina bagi menempatkan kes – kes kecederaan. Seterusnya disusuli pula dengan pembinaan Wad Sakit Puan / Bersalin dan Wad Kanak – Kanak pada tahun 1927 dan 1929.  Berikutan itu banyak wad dan bangunan baru yang menempatkan perkhidmatan sokongan serta sebuah poliklinik telah dibina sehingga tahun 1967. Pada tahun 1970 an, Hospital ini telah digazetkan sebagai sebuah hospital dengan perkhidmatan Pakar Bedah dan Pakar Perubatan yang mempunyai katil sebanyak 224 buah. Pada tahun 1980 an, perkhidmatan Perbidanan dan Sakit Puan diwujudkan di hospital ini.

Namun pada tahun 1993 iaitu menjelang Rancangan Malaysia ke Enam, rancangan pembinaan sebuah hospital baru mula dibuat sehinggalah terbinanya Hospital Segamat yang sedang beroperasi sehingga kini.

VISI
Hospital cemerlang yang mampu memberikan perkhidmatan dan perawatan serta pemulihan yang berkualiti, profesional, berteknologi sesuai, selamat dan sentiasa mesra di hati pelanggan ke arah individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dan produktif.

MISI
Sentiasa berusaha sedaya upaya menyediakan dan memberikan perkhidmatan dan perawatan serta pemulihan dengan kesungguhan, cekap, saksama, tanggungjawab, ikhlas dan menerapkan nilai-nilai budaya murni yang sepenuh hati kepada semua pelanggan di samping menghormati hahk-hak individu dan penglibatan masyarakat.

OBJEKTIF
Memastikan setiap pelanggan mendapat perkhidmatan dan perawatan serta pemulihan yang betul, terbaik dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa serta memulihkan kembali individu, keluarga dan masyarakat bagi menjalani aktiviti sosial dan ekonomi ke tahap paling optima di dalam kehidupan sehariannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *