Hospital Kota Tinggi (HKOTATINGGI) • Hospital Mersing (HMERSING) • Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) • Hospital Permai • Hospital Pontian (HPONTIAN) • Hospital Segamat (HSGM) • Hospital Sultan Ismail (HSI) • Hospital Sultanah Aminah (HSAJB) • Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) • Hospital Tangkak • Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim
Johor – Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI)
Hospital Sultanah Nora Ismail
Jalan Korma,83000 Batu Pahat
Batu Pahat, Johor
83000 Batu Pahat
Johor
Tel: 07-4363000
Fax: 07-4322544
http://hsni.moh.gov.my
Jumlah Katil: 516
SEJARAH BATU PAHAT
Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam ) di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada ‘pangkal jeram’, kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar tersebut.
SEJARAH HOSPITAL BATU PAHAT
Hospital Batu Pahat dibina dalam Rancangan Malaysia Keenam dan dimulakan pada tahun 1991 berkonsepkan hospital nukleus. Perpindahan perkhidmatan ke hospital ini telah dilakukan pada 12 November 1994. Mulai tarikh ini Hospital Batu Pahat telah beroperasi dengan skop perkhidmatan rawatan pesakit dalam, rawatan kecemasan dan pesakit luar dengan keupayaan 314 buah katil yang hanya mempunyai perbezaan daripada 310 katil di hospital lama.
Cadangan Pembinaan satu blok template baru telah dikemukakan kepada Bahagian Perancangan Pembangunan KKM pada penghujung RMK 6 lagi kerana perbezaan bilangan katil yang tidak banyak perbezaannya daripada hospital lama. Keadaan ini ditambah dengan peningkatan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pesakit-pesakit. Bahagian Perancangan dan Pembangunan KKM telah mengadakan lawatan ke hospital ini pada tahun 1995 dan melihat sendiri kekangan yang dialami oleh wad-wad untuk menampung bilangan pesakit terutamanya pesakit perubatan. Akhirnya projek tambahan sebuah lagi template diluluskan dalam RMK 7 untuk Jabatan Kecemasan Baru dan 2 buah wad bernilai RM 6.5 juta.
Walaubagaimanapun projek ini telah ditangguhkan kerana kegawatan ekonomi Negara dalam tahun 1997-1998 dan seterusnya dibatalkan kerana halatuju penjagaan pesakit masakini lebih menjurus kepada “Ambulatory Care / Day Care” dan “Extended Medical Care”
Projek RM Ke 7 dibawa ke RM Ke 8 dengan skop yang lebih luas iaitu pembinaan Jabatan Kecemasan, 4 buah wad, 2 buah Dewan Bedah dengan wad ‘High Dependency’ 8 katil serta sokongan kejuruteraan. Walaupun telah diluluskan projek ini ditangguhkan sekali lagi kerana kegawatan ekonomi
Jawatankuasa Pembangunan telah mengemukakan cadangan Pelan Induk Pembangunan Menyeluruh mulai tahun 2001 hinggan tahun 2010. – Kajian semula amatlah penting kerana semua kemudahan yang sediada tidak berupaya menampung beban kerja yang semakin meningkat setiap hari. Kajian Semula telah dibuat oleh Jawantankuasa Kajian Pembangunan Peringkat Hospital
MAJLIS PERASMIAN PENGISTIHARAN HOSPITAL SULTANAH NORA BATU PAHAT, JOHOR
Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim bangunan baru Hospital Batu Pahat akan dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Binti Almarhum Tunku Panglima Raja Ahmad sekaligus menamakan Hospital Batu Pahat sebagai Hospital Sultanah Nora Batu Pahat, Johor.
Majlis yang berlangsung pada 10 Oktober 2012 bersamaan 24 Zulkaedah 1433H dihadiri oleh hampir 500 orang tetamu yang terdiri daripada kerabat Diraja Johor dan orang kenamaan.
GOAL
TO ACHIEVE MALAYSIA’S ASPIRATION OF BECOMING A NATION OF HEALTHY INDIVIDUALS, FAMILIES AND COMMUNITIES
VISSION
TO ESTABLISH HOSPITAL BATU PAHAT AS A CENTRE OF EXCELLENCE FOR MEDICAL CARE SERVICES
MISSION
TO IMPROVE SPECIALISTS SERVICES
TO ESTABLISH SULTANAH NORA ISMAIL HOSPITAL AS A REPUTABLE HOSPITAL THROUGH THE ENCOMPASSING OF STRONG MORAL VALUES, A CARING CULTURE, TEAMWORK AND PROFESSIONAL WORK ETHICS.