Hospital Baling (HBALING) • Hospital Jitra (HJITRA) • Hospital Kuala Nerang (HKNERANG) • Hospital Kulim (HKULIM) • Hospital Langkawi (HLANGKAWI) • Hospital Sik (HSIK) • Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) • Hospital Sultanah Bahiyah (HSBAS) • Hospital Yan (HYAN)
Kedah – Hospital Kuala Nerang (HKNERANG)
Hospital Kuala Nerang
Kuala Nerang
Kuala Nerang, Kedah
06300 Kuala Nerang
Kedah
Tel: 04-7867333
Fax: 04-7867052
httphknerang.moh.gov.my
Jumlah Katil: 72
Pengenalan
Hospital Kuala Nerang terletak di daerah Padang Terap, Kedah Darulaman. Daerah Padang Terap yang merupakan daerah ketiga terbesar meliputi kawasan seluas 2,973.27 km persegi. Kemudahan kesihatan yang ada di daerah ini ialah sebuah hospital, sebuah Pejabat Kesihatan Daerah, 3 buah Klinik Kesihatan, 16 buah Klinik Desa dan 4 buah Klinik Swasta.
Hospital Kuala Nerang adalah hospital kerajaan tunggal di daerah Padang Terap. Pembinaan hospital ini telah memberikan kemudahan perkhidmatan rawatan kepada penduduk yang sebelumnya terpaksa mendapatkan rawatan di Alor Setar. Hospital ini memberi perkhidmatan primer dan rawatan pesakit dalam( termasuk semua perkhidmatan sokongan) kepada masyarakat Padang Terap.
Hospital ini terletak di atas sebidang tanah seluas 40 ekar dan mula dibina pada Julai 1992. Projek ini di bawah peruntukan ASEAN Development Bank dengan perbelanjaan RM 17.26 juta. Pembinaannya mengambil masa selama 25 bulan dan siap pada Julai 1994.
Hospital ini adalah HOSPITAL TANPA PAKAR dengan kemudahan 4 buah wad dengan 89 katil. Bagi kes yang memerlukan rawatan kepakaran kebanyakkan akan dirujuk ke Hospital Alor Setar. Namun pada masa ini hanya beroperasi dengan penggunaan 3 wad dan 72 katil sahaja.
Hospital Kuala Nerang telah memulakan operasinya pada bulan Oktober 1994. Ianya mula beroperasi dengan Unit Pesakit Luar pada bulan Oktober 1994 diikuti dengan wad lelaki dan wad perempuan pada bulan November 1995 dan seterusnya wad bersalin pada Julai 1996.
Perasmian Hospital Kuala Nerang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan Kedah pada 4 Mac 2002
Hospital Kuala Nerang telah mencapai beberapa anugerah kualiti, antaranya:
– Persijilan Penuh akreditasi buat kali pertama pada tahun 2001-2004 dan kali kedua pada tahun 2005-2008 dan juga
– Persijilan MS ISO 9001:2000 bagi tahun 2006-2009.
– Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi sebanyak 4 kali iaitu pada 1997-2000, 2003-2006, 2006-2009 dan terkini 3.12.2009 – 3.12.2012 .
VISI HOSPITAL
Bagi menyediakan perkhidmatan perubatan yang selamat, berkesan dan penyayang untuk menambahbaik dan meningkatkan taraf kesihatan penduduk tempatan dengan melibatkan penyertaan masyarakat dalam penjagaan kesihatan diri.
MISI HOSPITAL
Memberi perkhidmatan kesihatan berkualiti dan penyayang dengan mengamalkan profesionalisme, kerja berpasukan dan perkongsian bestari.
OBJEKTIF HOSPITAL
– Meningkatkan taraf kesihatan penduduk tempatan dan sekitarnya dengan menyediakan kemudahan perubatan terkini.
– Menyediakan perkhidmatan rawatan yang berkualiti kepada pesakit disamping meningkatkan taraf pengetahuan kesihatan di kalangan pesakit dengan memberikan pendidikan kesihatan yang sempurna.
– Menyedia perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.