Kedah – Hospital Kulim (HKULIM)

Hospital Baling (HBALING)Hospital Jitra (HJITRA)Hospital Kuala Nerang (HKNERANG)Hospital Kulim (HKULIM)Hospital Langkawi (HLANGKAWI)Hospital Sik (HSIK)Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)Hospital Sultanah Bahiyah (HSBAS)Hospital Yan (HYAN)

Kedah – Hospital Kulim (HKULIM)

Hospital Kulim
Jalan Mahang, Kulim
Kulim, Kedah
09000 Kulim
Kedah  
Tel: 04-4272733
Fax: 04-4900760
http://hkulim.moh.gov.my
Jumlah Katil: 281

Hospital Kulim telah mula beroperasi di Pekan Kulim (Jalan Hospital Lama) semenjak tahun 1912. Pada awal tahun 1990 pembinaan hospital baru telah dimulakan bagi menempatkan hospital ke tapak yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Pusat Bandar Kulim. Hospital Kulim yang baru, telah siap dibina pada tahun 1994 berkonsepkan Hospital Nukleus (Rujuk latar belakang Hospital Nukleus) di atas tanah seluas 25 hektar dan mula beroperasi pada bulan September 1994.

Sungguhpun Hospital baru Kulim berpindah ke tapak baru tetapi Perkhidmatan Pesakit Luar (OPD) masih dikekalkan di hospital lama. Jabatan Pesakit Luar telah diserahkan kepada Pentadbiran Pejabat Kesihatan Daerah Kulim pada 1 Jan 1998. Wad-wad lama Hospital Kulim telah diubahsuai menjadi Sekolah Latihan Jururawat Masyarakat Kulim dan mula beroperasi pada 1 Julai 1996.

Hospital Kulim telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu Tasimu Billahi Mahibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muazam Shah Ibni Almarhum Sulatan Badlishah pada 3 Jun 1996.

Sasaran pelanggannya adalah penduduk di Daerah Kulim, Daerah Bandar Baru, Daerah Seberang Perai Tengah dan Selatan juga sebahagian penduduk dari Daerah Baling. Kepadatan penduduk Daerah Kulim dan Bandar Baru adalah seramai 242.2 ribu orang (Jumlah penduduk Daerah Bandar Baru adalah 45.2 ribu orang). Pekerjaan utama penduduk di daerah ini adalah peniaga kecil, pekerja kilang, penoreh getah, petani, kakitangan kerajaan dan swasta. Dengan terbinanya hospital baru ini memberi rahmat yang besar kepada mereka.

Pada tahun 2007 Hospital Kulim telah membuka sebuah Wad CCU dengan memuatkan 3 buah katil dan pada tahun 2008 Wad NICU dengan 4 buah katil telah dibuka. Sebagai salah satu aspek yang perlu ditekankan bagi menghadapi wabak Influenza, 3 katil ICU telah ditambah pada tahun 2010 menjadikan jumlah keseluruhannya 7 buah. Sehingga kini, Hospital Kulim mempunyai 14 wad dengan 314 buah katil.

VISI DAN MISI HOSPITAL KULIM

VISI
Hospital Kulim akan menjadi sebuah hospital yang sentiasa mengutamakan kualiti dan inovasi di dalam memberikan perkhidmatan Rawatan Perubatan serta mempunyai suasana persekitaran yang selesa dan menyenangkan pelanggan.

MISI
Mencapai Wawasan Hospital Kulim Melalui Professionalisma Dikalangan Anggota Hospital, Mengamalkan Kerja Berpasukan , Memberi Perkhidmatan Penyayang Serta Mengadakan Perkongsian Bistari Dengan Lain Lain Sektor Awam, Swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan,

Masyarakat Dan Individu

OBJEKTIF
Untuk Menyediakan Perkhidmatan Diagnostik, Rawatan Dan Rehabilitasi Yang Berkualiti, Cekap Dan Berkesan Dengan Tujuan Untuk Menyelamatkan Nyawa Dan Mengurangkan Kesakitan Supaya Pesakit Dapat Sembuh Secara Maksima Dalam Masa Yang Singkat

DASAR KUALITI MS ISO 9001 : 2000
Dasar kualiti Hospital Kulim adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti yang dapat memenuhi kehendak pelanggan.  Hospital Kulim adalah komited untuk memastikan supaya semua pesakit yang dirawat di Hospital Kulim akan mendapat rawatan yang berkualiti melalui Pelaksanaan MS ISO 9001 : 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *