Hospital Baling (HBALING) • Hospital Jitra (HJITRA) • Hospital Kuala Nerang (HKNERANG) • Hospital Kulim (HKULIM) • Hospital Langkawi (HLANGKAWI) • Hospital Sik (HSIK) • Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) • Hospital Sultanah Bahiyah (HSBAS) • Hospital Yan (HYAN)
Kedah – Hospital Langkawi (HLANGKAWI)
Hospital Langkawi
Bukit Tekuh,Jalan Padang Maksirat
Langkawi, Kedah
07000 Langkawi
Kedah
Tel: 04-9665333
Fax: 04-9660121
http://hlangkawi.moh.gov.my
Jumlah Katil: 110
Latar Belakang Hospital Langkawi
Hospital Langkawi terletak di Bukit Tekoh, Jalan Padang Mat Sirat iaitu 7 km dari Pekan Kuah dan 10 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Padang Mat Sirat. Ia meliputi kawasan seluas 53 hektar. Hospital ini mula memberikan perkhidmatan pada tahun 1915 yang terletak di Pekan Kuah.
Hasil dari usaha pembangunan dan taraf pulau bebas cukai yang semakin pesat dari semasa ke semasa, maka satu bangunan baru empat tingkat yang dilengkapi dengan kuarters kakitangan dan peralatan terbaru telah dibina mulai pada 9 jun 1993 secara turnkey oleh Skanska Pamara JV dari Sweeden dan siap sepenuhnya pada 15 November 1995, dengan menelan kos pembinaan sebanyak RM 72 juta.
Hospital ini mula beroperasi di tapak baru dan berpindah dari tapak asal pada 22 November 1995 dengan bilangan katil sebanyak 110. Ianya menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit dalam (Wad-wad dan Wad ICU, SCN, Dewan Bedah, Unit Suci Hama [CSSU]), dan pesakit luar, iaitu Jabatan Kecemasan dan Klinik Pakar (Kaunter Bersepadu). Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan ialah Farmasi, Patologi, Forensik, Pengimejan dan Diagnostik, Physiotherapy dan Occupationaltherapy, Unit Rekod Perubatan, Perpustakaan Perubatan, Unit Kualiti, Haemodialysis, Dietetik dan Sajian, Unit Teknologi Maklumat & Support Service Unit (Kejuruteraan Hospital).
Pada 22 Februari 2002 hospital ini telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman.
Hospital Langkawi merupakan Hospital berpakar dengan pakar yang sedia ada sekarang hanyalah pakar Perubatan Am, Pembedahan Am, Otopedik, Perbidanan & Sakit Puan dan Bius. Kepakaran lain yang ditawarkan di Hospital Langkawi adalah secara berkala dengan pakar yang menziarah dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star mengikut jadual yang ditetapkan. Kepakaran tersebut termasuklah Psikiatrik, Opthalmologi, ORL, Dermatologi, Neprologi, Dada, Pengimejan Diagnostik dan Kanak kanak.
Terdapat 110 katil dengan 7 wad di hospital ini dengan kadar pengisian (BOR) diantara 67% – 75%. Wad-wad tersebut adalah Wad Lelaki, Perempuan, Kelas Pertama & Kedua, Kanak kanak, Bersalin, Rawatan Rapi dan Neonatal Nursery. Rawatan pesakit luar hanya terdapat di Klinik Pakar yang menerima pesakit mengikut temujanji dan Unit Kecemasan yang menerima pesakit sepanjang waktu. Hospital Langkawi juga menjalankan kes-kes yang memerlukan pembedahan dengan Dewan Bedah yang berfungsi sepanjang waktu.
Tenaga kerja di Hospital Langkawi kini diisi secara puratanya 89%. Terdapat 5 Pakar dengan 21 Pegawai Perubatan. Pegawai pegawai Perubatan ditempatkan di Unit Kecemasan, Pembedahan, Perubatan, Perbidanan & Sakit Puan, Otopedik, Radiologi, Bius dan Kanak kanak. Selain dari 2 Pegawai Perubatan yang tetap di Unit Kanak kanak dan Bius, 19 Pegawai Perubatan yang lain hanya berada di disiplin masing masing semasa waktu pejabat dan selepas itu menjalankan tugas atas panggilan secara am. Seorang bertugas atas panggilan aktif di Unit Kecemasan dan seorang di wad-wad. Manakala seorang lagi bertugas atas panggilan pasif untuk kes kes pembedahan dan mengiringi kes rujukan.
Perkhidmatan perubatan dan rawatan yang disediakan di Hospital Langkawi terhad kepada yang am sahaja. Ini termasuklah pembedahan am, perubatan am, hemodialisis, perbidanan dan sakit puan, otopedik, pengimejan diagnostik, kanak kanak, bius dan kecemasan. Perkhidmatan ini diberikan secara rawatan dalam dan juga rawatan susulan dan klinik pakar pesakit luar. Pesakit yang memerlukan rawatan yang lebih terperinci atau lebih khas akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star dengan menggunakan feri. Feri akan di sewa khas atau menggunakan feri penumpang bergantung kepada kes, dari Kuah sampai ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis dan seterusnya di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah dengan ambulan.
Visi
Hospital Langkawi menjadi sebuah hospital yang cemerlang memberi perkhidmatan berkualiti, berhemah dan profesional serta memenuhi kehendak pelanggan.
Misi
Hospital Langkawi memberi perkhidmatan berasaskan ciri-ciri:-
– Budaya Korporat KKM
• Penyayang
• Profesionalisma
• Kerja Berpasukan
– Perkongsian Bistari
– Inovasi
– Teknologi Yang Sesuai
Untuk melahirkan warga hospital yang berkualiti.