Kedah – Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)

Hospital Baling (HBALING)Hospital Jitra (HJITRA)Hospital Kuala Nerang (HKNERANG)Hospital Kulim (HKULIM)Hospital Langkawi (HLANGKAWI)Hospital Sik (HSIK)Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)Hospital Sultanah Bahiyah (HSBAS)Hospital Yan (HYAN)

Kedah – Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)

Hospital Sultan Abdul Halim
Jalan Lencongan Timur Bandar Amanjaya, Sungai Petani
Sungai Petani, Kedah
08000 Sungai Petani
Kedah  
Tel: 04-4457333
Fax: 04-4480092
http://hsah.moh.gov.my
Jumlah Katil: 550

Mengenai HSAH
Hospital Sultan Abdul Halim adalah sebuah hospital kerajaan yang memberikan perkhidmatan rawatan perubatan, pemulihan dan pencegahan bermutu, cekap dan berkesan.

Ia juga menyediakan rawatan kepakaran sekunder kepada pesakit, memberi perkhidmatan pesakit dalam serta rawatan harian. Ia juga menjadi rujukan kepada hospital-hospital lain seperti Hospital Baling, Hospital Yan, Hospital Sik dan Hospital Kulim.

Mula beroperasi: 5hb. Januari 2007
Keluasan: 40 ekar
Bilangan katil: 550 buah

HOSPITAL SUNGAI PETANI 1920-2006

Pada tahun 1920 Hospital Sungai Petani dikenali sebagai “Rumah Sakit Sungai Petani” dan diketuai oleh Dr. Richard Brunel Hawes dari England. Ia lebih dikenali sebagai “Medical Officer Central Kedah” (MOCK) yang pertama. Rumah sakit ini dikelilingi oleh kawasan estet getah dan hutan yang terdapat binatang liar.

Pada tahun 1942 (zaman penjajahan Jepun) “Rumah Sakit Jiwa Sungai Petani” telah dipindahkan oleh pihak Jepun ke “Bedong Group Estate” di Bedong kerana “Rumah Sakit Sungai Petani” digunakan sebagai Kem Jepun. Selepas pihak Inggeris mengambil alih Tanah Melayu, “Rumah Sakit Sungai Petani” dipindahkan semula ke tempat asal dan ditukar nama kepada Hospital Daerah Sungai Petani.

VISI(VISION)
Perkhidmatan perubatan berkualiti untuk semua

Quality medical services for all

MISI ( MISSION )
Menyediakan rawatan perubatan yang berkualiti kepada pesakit melalui sepasukan tenaga kerja yang cekap dan penyayang

To deliver high quality medical care to our patients through a team of competent and caring work force.

OBJEKTIF( OBJECTIVE )
Mempertingkatkan mutu rawatan pesakit melalui perkhidmatan diagnostik, rawatan dan pemulihan yang cekap dan berkesan

To improve the quality of patient care through effective and efficient diagnostic, curative and rehabilitative medical services.

SLOGAN (SLOGAN)

Kami Prihatin
We care

BUDAYA KERJA KAMI (OUR WORK CULTURE)
Profesionalisma , Kerja Berpasukan , Penyayang

Professionalism, Team Work, Caring.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *