Kedah – Hospital Sultanah Bahiyah (HSBAS)

Hospital Baling (HBALING)Hospital Jitra (HJITRA)Hospital Kuala Nerang (HKNERANG)Hospital Kulim (HKULIM)Hospital Langkawi (HLANGKAWI)Hospital Sik (HSIK)Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)Hospital Sultanah Bahiyah (HSBAS)Hospital Yan (HYAN)

Kedah – Hospital Sultanah Bahiyah (HSBAS)

Hospital Sultanah Bahiyah
KM 6, Jln Langgar, Alor Setar
Alor Setar, Kedah
05460 Alor Setar
Kedah  
Tel: 04-7406233
Fax: 04-7350233
http://hsbas.moh.gov.my
Jumlah Katil: 856

LATAR BELAKANG
Hospital Sultanah Bahiyah telah mula beroperasi pada 29 September 2007 setelah proses pemindahan keseluruhan operasi telah siap sepenuhnya dari Hospital Alor Setar ke hospital baru. Hospital ini terletak di atas tanah seluas 28.33 hektar dengan keluasan kompleks hospital adalah 110,200m2. Jarak hospital ini adalah 6km dari pusat bandaraya Alor Setar dan kompleks hospital ini dapat dilihat dengan jelas dari Lebuhraya Utara Selatan (susur keluar Alor Setar Utara). Hospital baru ini telah menggantikan Hospital Alor Setar di mana hospital lama telah diberikan nama sebagai Hospital Sultanah Bahiyah Cawangan Lebuhraya Darulaman.

Sebagai hospital negeri, hospital ini menjadi rujukan 12 Klinik Kesihatan di Daerah Kota Setar / Pendang, 8 hospital kerajaan dan 11 hospital swasta. Hospital ini turut dilengkapi dengan Total Hospital Information System (THIS) yang mana operasi hospital dilaksanakan secara online. Kompleks hospital terbahagi kepada 4 bangunan utama iaitu Blok Sokongan Perubatan (menempatkan Klinik Pakar), Blok Wad, Blok Utama dan Blok Sokongan Bukan Perubatan (menempatkan Pejabat Pengurusan).

Sehingga April 2011, hospital ini beroperasi dengan katil rasmi sebanyak 856 buah di mana 743 buah ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah dan selebihnya adalah di Hospital Sultanah Bahiyah Cawangan Lebuhraya Darulaman. Hospital ini dilengkapi dengan 12 Dewan Bedah, 6 Bilik Bedah Rawatan Harian dan 13 Bilik Bersalin.

Perkhidmatan kepakaran yang disediakan adalah seperti berikut :

1. Perubatan Am (Gastroentrologi, Nefrologi, Kardiologi, Perubatan Respiratori, Dermatologi dan Penyakit Berjangkit.

2. Pembedahan Am (Kolorektal, Pembedahan Pediatrik, Plastik dan Rekonstruktif, Urologi, Hepatopankreatobiliari dan Neurosurgeri).

3. Ortopedik (Arthroplasti dan Spinal)

4. Pediatrik (Rawatan Rapi Pediatrik)

5. Obstetrik dan Ginekologi (Gynae Oncology, Maternal Fetal, Reproductive dan Urogynaecology)

6. Anestesiologi (Rawatan Rapi)

7. Otorinolaringologi (Pediatrik dan Head and Neck)

8. Oftalmologi (Glaucoma, Vitroretina, Kornea)

9. Psikiatri (Psikiatri dalam Komuniti)

10.  Forensik (Histopatologi)

11.  Anatomical Pathology Microbiology Hematology (Gastrointestinal and Liver Pathology)

12.  Pergigian Pediatrik dan Oral Maksilofacial

13.  Radiologi

14.  Perubatan Transfusi

15.  Perubatan Kecemasan

VISI
Hospital Sultanah Bahiyah menjadi antara institusi perubatan yang terkemuka, termaju dan cemerlang di Malaysia

MISI
Menyediakan perkhidmatan rawatan kuratif, diagnostik dan pemulihan yang efisien, berkesan dan berkualiti berlandaskan ciri-ciri budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia

OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan perubatan yang cekap, adil dan saksama kepada semua golongan masyarakat dengan penggunaan teknologi yang sesuai serta memenuhi kehendak pelanggan dan alam sekitar.

Memberi penekanan kepada kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemualiaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.

Mencapai sebuah negara yang mempunyai individu, keluarga dan masyarakat yang sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *