Kedah – Hospital Yan (HYAN)

Hospital Baling (HBALING)Hospital Jitra (HJITRA)Hospital Kuala Nerang (HKNERANG)Hospital Kulim (HKULIM)Hospital Langkawi (HLANGKAWI)Hospital Sik (HSIK)Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)Hospital Sultanah Bahiyah (HSBAS)Hospital Yan (HYAN)

Kedah – Hospital Yan (HYAN)

Hospital Yan
Batu 25 Jalan Yan
Yan, Kedah
06900 Yan
Kedah  
Tel: 04-4655333
Fax: 04-4655960
http://hyan.moh.gov.my
Jumlah Katil: 89

SEJARAH
Hospital Yan terletak di Yan Kechil iaitu 40KM dari Sungai Petani dan 42KM dari Alor Star .Hospital ini telah dibina pada 1989 diatas tanah seluas 25 hektar dan dirasmikan pembukaannya  oleh Ke Bawah DYMM Tunku Sultan Kedah pada 3 Oktober 1992. Ianya mula dibuka pada 2 Februari 1992 untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk daerah yan yang berjumlah 74,000 orang. Perkhidmatan Pesakit Luar bermula pada 15 Februari 1992 dan Perkhidmatan Pesakit Dalam bermula pada 1 Mac 1992.

Hospital Yan merupakan sebuah hospital daerah tanpa pakar yang memberikan perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam. Rawatan pakar bagi disiplin-disiplin tertentu  dijalankan oleh pakar daripada Hospital Alor Star dan Hospital Sultan Abdul Halim mengikut jadual yang telah ditetapkan.

– Hospital Yan mempunyai 89 buah katil rasmi di 4 buah wad iaitu :-
– 12 buah katil di Wad Melor1 ( Wad Bersalin )
– 17 buah katil di Wad Melor 2( Wad Kanak-Kanak)
– 30 buah katil di Wad Melor 3 ( Wad Perempuan)
– 30 buah katil di Wad Melor 4 ( Wad Lelaki ).

Kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut atau pakar akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star atau Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani.
Printer Friendly Page

VISI

Ø Memberi perkhidmatan perawatan yang berkualiti.

MISI
Ø Memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang optimum dan betul serta anggota kerja yang kompiten yang  sentiasa mendapat latihan yang sistematik dan berterusan.

Ø Memastikan anggota mengamalkan ciri-ciri budaya korporat iaitu penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan.

Ø Sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan melalui pengukuhan aktiviti kualiti    seperti inovasi, audit klinikal dan lain-lain.

Ø Memberi maklumat pencegahan penyakit melalui promosi dan pendidikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *