Negeri Sembilan – Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN)

Hospital Jelebu (HJELEBU)Hospital JempolHospital Port Dickson (HPD)Hospital Tampin (HTAMPIN) Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN)Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS)

Negeri Sembilan – Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN)

Hospital Tuanku Ampuan Najihah
KM 3 Jalan Melang
Kuala Pilah, Negeri Sembilan
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan  
Tel: 06-4818001
Fax: 06-4818010
http://htan.moh.gov.my
Jumlah Katil: 314

LATAR BELAKANG HTAN
Hospital Kuala Pilah dibina atas tapak seluas 70 ekar di KM 3, Jalan Melang, Kuala Pilah.  Pembinaanya berkonsepkan Nukleus dengan menyediakan perkhidmatan Pakar dan mempunyai 314 katil. Pembinaan hospital ini telah mengambil masa lebih kurang 4 tahun mulai Disember 1990 hingga Oktober 1994 dengan kos keseluruhan bernilai RM 97.5 juta. Hospital ini menggantikan hospital lama yang hanya mempunyai 232 katil dan telah berusia hampir 100 tahun. Hospital ini mula memberikan perkhidmatan pada 16 januari 1995 kepada lebih kurang 200,000 penduduk di Daerah Kuala Pilah, Jempol serta penduduk di daerah Tampin Jempol dan juga Negeri Pahang.

Hospital Kuala Pilah telah pun dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke  X, Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman pada 4 September 1995. Pada 5 september 2006, hospital ini telah dinamakan semula kepada Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

VISI HTAN
• Hospital Tuanku Ampuan Najihah akan sentiasa menjadi pusat penjagaan perubatan yang unggul di dalam bidang-bidang kepakaran basic, disamping menjadi pusat latihan perubatan dan kejururawatan yang berkualiti.

MISI HTAN
– Menyediakan perkhidmatan penentuan penyakit, perawatan dan pemulihan yang berkualiti, cekap dan berkesan kepada pesakit-pesakit untuk menyelamatkan nyawa, menghilangkan kesakitan dan mencapai pemulihan awal dan maksima.
– Menyediakan kemudahan latihan bagi pelbagai kategori pelatih dan anggota perubatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *