Hospital Jelebu (HJELEBU) • Hospital Jempol • Hospital Port Dickson (HPD) • Hospital Tampin (HTAMPIN) • Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) • Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS)
Negeri Sembilan – Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS)
Hospital Jelebu
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban
Jalan Rasah
Seremban, Negeri Sembilan
70300 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 06-7623333
Fax: 06-7625771
http://htjs.moh.gov.my
Jumlah Katil: 850
Sejarah
Hospital Tuanku Jaafar atau juga dikenali sebagai Hospital Seremban merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia merupakan hospital rujukan bagi Negeri Sembilan.
Hospital Tuanku Jaafar terletak sekitar 80 kilometre selatan Kuala Lumpur. Batu asas Hospital Tuanku Jaafar diletakkan oleh Y.B. Encik Bahaman bin Samsudin, Menteri Kesihatan pada 5 November 1966. Ia diistihar dibuka oleh DYMM Tuanku Ja’afar Al-Haj AL-Marhum Tuanku Abdul Rahman pada 29 Mac 1969.
Ia terdiri daripada bangunan setinggi 8 tingkat dan terletak di Bukit Rasah, Seremban menduduki kawasan seluas 212 ekar. Ia dilengkapi dengan 800 katil dan 20 pakar kesihatan dan pelbagai khidmat sokongan.
VISI DAN MISI
VISI
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban akan menjadi pusat kecemerlangan dalam penjagaan aspek promotif, kuratif dan rehabilitatif di dalam bidang kepakaran utama, selain dari menjadi pusat latihan berkualiti dan pembangunan profesionalisme anggotanya akan bertindak secara professional, bersifat penyayang dan berkerjasama sebagai satu pasukan kearah menyediakan perkhidmatan mesra yang berasaskan bukti dan menggunakan teknologi yang sesuai serta berkesan.
MISI
1. Untuk memajukan kesihatan melalui pendidikan kesihatan dan aktiviti promosi berasaskan klinik dan komuniti, dengan perkongsian maklumat bersama individu, komuniti dan lain-lain agensi berkaitan kesihatan.
2. Untuk menyelamat nyawa, mengurangkan kesengsaraan dan membantu memperolehi pemulihan awal dan sepenuhnya melalui perkhidmatan diagnosa, kuratif dan pemulihan yang berkualiti, efisyen dan berkesan.
3. Untuk menyediakan latihan berkualiti dan pembangunan profesionalisme yang berterusan kepada semua kategori anggota perubatan, kesihatan bersekutu dan penuntut perubatan. Information