Pahang – Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)

Hospital Bentong (HSPBEN)Hospital JengkaHospital Jerantut (HJERANTUT)Hospital Kuala LipisHospital Muadzam ShahHospital PekanHospital RaubHospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS)Hospital Sultan Hj Ahmad Shah (HOSHAS)Hospital Sultanah Hajjah KalsomHospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)

Pahang – Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)

Hospital Tengku Ampuan Afzan
Jalan Air Putih
Kuantan, Pahang
25100 Kuantan
Pahang  
Tel : 09-5133333
Fax : 09-5142712
http://htaa.moh.gov.my/
Jumlah Katil : 793

SEJARAH PENUBUHAN
HTAA telah wujud sebagai sebuah Hospital Daerah pada sekitar tahun 1904 di atas tapak tanah seluas 40.1 ekar di tengah-tengah pusat Bandar Kuantan. Bangunan berstruktur kayu yang beratap nipah menandakan wad-wad. Bangunan yang lebih kukuh yang beratap genting telah mula dibina selaras dengan keperluan yang kian meningkat. Pada masa itu, disiplin perubatan, wad-wad serta perkhidmatan adalah sangat terhad.

Pengasas penubuhan hospital ini dipercayai telah dipelopori oleh pihak British yang telah meletakkan asas perkhidmatan perubatan moden di negara ini. Sehingga Perang Dunia Kedua, pegawai perubatan yang menjaga hospital ini terdiri daripada orang-orang British yang di antaranya termasuklah Dr. Frazer.

Di zaman pemerintahan Jepun, Hospitah Daerah Kuantan ditadbir oleh seorang doktor melayu bernama Doktor Mohamad Said. Walaupun Negara ketika itu berada dalam kancah peperangan, namun operasi hospital ini tetap berjalan lancar dalam pemberian rawatan dan perkhidmatan kepada pesakit-pesakit yang terdiri daripada orang awam dan mangsa peperangan. Selepas penaklukkan semula Tanah Melayu oleh tentera British pada tahun 1945, hospital ini telah diterajui semula oleh British.

Apabila Negara mencapai kemerdekaan, kerajaan menyedari bahawa perkhidmatan perubatan perlu membangun seiring dengan pembangunan sosio ekonomi penduduk-penduduknya. Apabila kemerdekaan tercapai dalam tahun 1957, Ibu Negeri Pahang telah dipindahkan dari Kuala Lipis ke Kuantan. Selaras dengan perpindahan pusat pentadbiran negeri, Hospital Daerah Kuantan juga telah dinaikan taraf kepada Hospital Umum. Bangunan-bangunan struktur batu telah mula dibina bagi tambahan kepada bangunan-bangunan kayu yang sedia ada dengan perkembangan perkhidmatan serta rawatan baru.

Bermula dari detik ini, pembangunan Hospital Kuantan terus berkembang pesat sehinggalah terbinanya banggunan baru yang tersergam indah dengan kelengkapan peralatan serba canggih.

Pada 3 November 1995, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah telah berkenan untuk merasmikan bangunan baru Hospital Kuantan dan seterusnya berkenan menamakan Hospital Kuantan sebagai Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

MISI, VISI & OBJEKTIF

Misi
Bagi mencapai wawasan, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akan melaksanakan perkhidmatan dengan berlandaskan semangat  Profesionalisma, Khidmat Penyayang dan Kerja Berpasukan yang tinggi sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Visi
Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan berazam untuk menjadi sebuah pusat pengendalian penjagaan kesihatan yang cemerlang.

Objektif
Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang cekap, berkemampuan dan saksama kepada semua golongan masyarakat melalui penggunaan teknologi yang sesuai serta memenuhi kehendak alam sekitar dan kehendak pelanggan; dengan penekanan kepada kualiti, inovasi, promosi kesihatan dan menghormati harga diri serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan komuniti terhadap kehidupan yang berkualiti, bagi mencapai wawasan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai individu, keluarga dan masyarakat yang sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *