Sabah – Hospital Kota Belud (HKOTABELUD)

Hospital Beaufort (HBEAUFORT)Hospital BeluranHospital Duchess Of Kent (HDOK)Hospital Keningau (HKGU)Hospital Kinabatangan (HKBTGN)Hospital Kota Belud (HKOTABELUD)Hospital Kota Marudu (HKM)Hospital Kuala Penyu (HSPKPYU)Hospital KudatHospital Kunak (HKNK)Hospital Lahad Datu (HLDU)Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP)Hospital Papar (HPAPAR)Hospital Pitas (HPITAS)Hospital Queen Elizabeth (QEH)Hospital Queen Elizabeth II (HQE2)Hospital Ranau (HRANAU)Hospital Semporna (HSPN)Hospital Sipitang (HSIPITANG)Hospital Tambunan (HTBN)Hospital Tawau (HTWU)Hospital Tenom (HTENOM)Hospital Tuaran (HTUARAN)Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS)

Sabah – Hospital Kota Belud (HKOTABELUD)

Hospital Kota Belud
Peti Surat 159
Kota Belud, Sabah
89158 Kota Belud
Sabah  
Tel: 088-976333
Fax: 088-977492
http://hkotabelud.moh.gov.my
Jumlah Katil: 172

Pengenalan

Perkhidmatan Perubatan moden telah bermula di daerah Kota Belud pada sekitar tahun 1946. Hospital pertama pula dibina pada tahun 1950 di atas bukit, berdekatan dengan bangunan pejabat daerah yang ada pada masa kini. Hospital baru (yang ada sekarang) telah siap dibina dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1982. Ianya terletak lebih kurang 1.5 km dari Pekan Kota Belud melalui Jalan Pintas Kota Belud ke Ranau. Bangunan wad Lelaki baru pula telah siap dibina dan mula beroperasi pada tahun 2001. Hospital ini telah melalui banyak penambahbaikan dan menerima pelbagai alat perubatan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan. Pengarah Hospital yang pertama ialah Dr.Anil Kukreja dan sehingga kini sudah seramai 17 orang pengarah yang telah menabur bakti di hospital  Kota Belud dan Mantan Pengarah Dr. Alice Chin telah menerajui mulai 31 Oktober 2009 sehingga 30 September 2010 dan kini masih bertugas di Hospital Kota Belud. Pada masa sekarang Hospital Kota Belud diterajui oleh Dr. Eddy Tong Kwan Meng  Pegawai Perubatan UD 52 sebagai Pengarah Hospital. Sekarang Hospital Kota Belud mempunyai 172 katil secara rasmi.

Objektif, Visi dan Misi

OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan membantu semua golongan masyarakat untuk mencapai taraf kesihatan yang optima tanpa mengira kedudukan penduduk dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang sedia ada. Di samping itu, berusaha untuk meningkatkan potensi kakitangan dan menjadikan mereka lebih proaktif, mengamalkan kerja berpasukan dan menerapkan nilai-nilai perkhidmatan penyayang menuju kea rah kecemerlangan.

VISI
Hospital Kota Belud akan menjadi sebuah institusi yang mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan cemerlang dan berterusan kepada semua golongan masyarakat.

MISI
Hospital Kota Belud berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui amalan-amalan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia di samping mewujudkan suasana yang sihat untuk mencapai status kesihatan yang lebih bermutu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *