Penang – Hospital Sungai Bakap (HSBAKAP)

Hospital Balik Pulau (HBPULAU)Hospital Bukit Mertajam (BOSPBM)Hospital Kepala Batas (HKBATAS)Hospital Pulau Pinang (HPP)Hospital Seberang Jaya (HSBJY)Hospital Sungai Bakap (HSBAKAP)

Penang – Hospital Sungai Bakap (HSBAKAP)

Hospital Sungai Bakap
Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan
Sungai Jawi, Pulau Pinang
14200 Sungai Jawi
Pulau Pinang  
Tel: 04-5824333
Fax: 04-5822494
http://hsbakap.moh.gov.my
Jumlah Katil  105

Latar belakang HSB

Hospital Sungai Bakap dipercayai dibina sebelum tahun 1891. Tapak hospital ini berada di atas paras tanah yang berbukit agak tinggi sedikit dan tidak sama rata kedudukannya di antara satu bangunan. Hospital ini berhampiran dengan pekan Sungai Bakap dan berlencung lebih kurang 1 km dari jalanraya utama serta lebih kurang 4 km ke jalan susur lebuh raya utara selatan. Jaraknya 22 km ke Bukit Mertajam dan 28 km ke Seberang Jaya dan 40 km dari Hospital Pulau Pinang. Terdapat sebuah Pejabat Kesihatan Daerah dan 5 buah Klinik Kesihatan. Keluasan kawasan hospital ini ialah 4.21 hektar.

Hospital ini telah dirasmikan pada 9hb April 1966 oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia ketika itu iaitu Encik Bahaman bin Samsudin.

Hospital Sungai Bakap menawarkan perkhidmatan kepada lebih kurang 158,600 orang penduduk tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Hospital ini merupakan sebuah hospital daerah tanpa pakar dengan kapasiti 105 buah katil pesakit. Terdapat 4 buah wad pesakit iaitu Wad 1, Wad 3, Wad 4 dan Wad 5. Kes-kes serius dan memerlukan rawatan rapi akan dirujuk ke Hospital Seberang Jaya. Walaupun begitu hospital ini mempunyai Klinik Pakar yang dijalankan oleh pakar-pakar lawatan pada hari-hari tertentu.

Visi HSB
Hospital Sungai Bakap akan wujud sebagai organisasi yang cemerlang dalam semua aspek penyampaian perkhidmatan perubatan yang komprehensif dan berkualiti.

Misi HSB
Hospital Sungai Bakap akan menyediakan perkhidmatan perubatan yang cekap, berkesan dan berkualiti dengan menitikberatkan nilai-nilai budaya penyayang dan kerja berpasukan secara profesional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *