Hospital Beaufort (HBEAUFORT) • Hospital Beluran • Hospital Duchess Of Kent (HDOK) • Hospital Keningau (HKGU) • Hospital Kinabatangan (HKBTGN) • Hospital Kota Belud (HKOTABELUD) • Hospital Kota Marudu (HKM) • Hospital Kuala Penyu (HSPKPYU) • Hospital Kudat • Hospital Kunak (HKNK) • Hospital Lahad Datu (HLDU) • Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP) • Hospital Papar (HPAPAR) • Hospital Pitas (HPITAS) • Hospital Queen Elizabeth (QEH) • Hospital Queen Elizabeth II (HQE2) • Hospital Ranau (HRANAU) • Hospital Semporna (HSPN) • Hospital Sipitang (HSIPITANG) • Hospital Tambunan (HTBN) • Hospital Tawau (HTWU) • Hospital Tenom (HTENOM) • Hospital Tuaran (HTUARAN) • Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS)
Sabah – Hospital Kota Marudu (HKM)
Hospital Kota Marudu
Peti Surat 255
Kota Marudu, Sabah
89108 Kota Marudu
Sabah
Tel : 088-661984
Fax : 088-663759
http://hkm.moh.gov.my
Jumlah Katil : 97
PENGENALAN HOSPITAL KOTA MARUDU
Hospital Kota Marudu telah mula dibina pada awal tahun 90an dengan keluasan 137,593,24 meter persegi. Keluasan kawasan yang telah dibangunkan adalah 25,983.75 meter persegi. Lokasi Hospital ini terletak kira-kira 5 kilometer daripada Pekan Kota Marudu. Hospital Kota Marudu siap dibina pada akhir tahun 1993 dan mulai beroperasi pada tahun 1994, di mana Jabatan Pesakit Luar memulakan operasi pada Januari 1994 manakala Pesakit Dalam pula mulai beroperasi pada 08 Jun 1994.
Pada awal pembukaan, Hospital ini hanya mempunyai 66 buah katil rasmi. Walau bagaimanapun pada tahun 2007 bilangan katil rasmi telah di tambah kepada 97 buah katil. Wad kanak-kanak telah mula beroperasi dengan rasminya pada 6hb. June 2005. Dengan pembukaan wad ini membuatkan Hospital Kota Marudu mempunyai tambahan satu wad lagi, ini menjadikan Hospital Kota Marudu mempunyai 4 buah wad.
Unit Haemodialisis telah diwujudkan dan telah mula mengendalikan rawatan pada 03hb. Ogos 2006.
Objektif, Visi dan Misi
OBJEKTIF
Memberikan Perkhidmatan Rawatan Yang Berkualiti Kepada Masyarakat Dengan Cepat, Cekap Dan Berkesan Selaras Dengan Kemudahan Perubatan Serta Kemahiran Tenangan Yang Sedia Ada Sambil Mengamalkan Sikap Prihatin Dan Bertimbangrasa.
VISI
Hospital Kota Marudu Akan Menjadi Pusat Perkhidmatan Perawatan Yang Mantap Dan Berkualiti Kearah Meningkatkan Taraf Kesihatan Masyarakat Dengan Berteraskan Budaya Penyayang, Kerja Berpasukan Dan Profesionalisma.
MISI
Mewujudkan Anggota Yang Mahir Dalam Menyediakan Perkhidmatan Yang Terkini Serta Meningkatkan Kesedaran Masyarakat Menghargai Kesihatan Kearah Hidup Yang Lebih Bahagia.